Saturday, 25 June 2011

diary hari ini :)

hari ini ? haha , bangun macam biasalah . tengok NTV7 tuh pukul 9.30 dengan 10.30 .. pukul 11.00 tuhh , FARADIYANA ayak pergi mini karnival dekat surau belakang rumah . haha , mula-mula ingat nak tengok-tengok ja . saja nak tunjuk muka , sekali ada kuiz untuk remaja . aku nan membe aku belasah jawab lah .

sapa boleh bagi tau jawapan untuk soalan " sebutkan jenis-jenis air mutlak "
FARADIYANA dengan confidentnya angkat tangan and jawab
             ; air laut ,
             ; air perigi .
okay ! betul ! so , dy dapat lah hadiah kain batik . aku pun cuak lah . mana boleh membe aku dapat , aku tak dapat .. and than urus setia dia tanya lagi ,

namakan 2 orang malaikat dan tugas-tugasnya .. aku , haha . angkatlah tanggan .
               ; malik - jaga neraka .
               ; ridzuan - jaga syurga .
BETUL ! haha , budak form 3 kan ? setakat soalan tuh , petik jari ja . haha .. ( 2 malaikat tuh ja pun aku ingat . ) and , hadiah aku pun sama lah dengan fara tuhh . dekat begnya ada tulis kuiz IBUBAPA .. haha , saya REMAJA lah makcik ! apa-apa pun , terima kasih lah !

tapi , aku dapat extra . sebab aku jawab untuk soalan istimewa . dapat tuala and sejadah . soalannya nyatakan 2 mukjizat RASULULLAH . aku bagi 3 1 amik kau !

lepas tuh , pergi tusyen lah . baliknya , parents amik terus pergi shah alam . buat apa ? pergi pesta buku .. beli apa ? NOVEL lah ! novel apa ?


ini bukan novel ALAF 21 ka , BUKU PRIMA ka , KAKI NOVEL ka , tapi , SR PUBLICATION . terbitan apa tuh ? tak pernah dengar pun .. haha , penulisnya SITI ROSMIZAH . kenal ? sapa tuh ? hehe . mula-mula aku pun tak kenal . sapa dia . novelis dia ada kat situ . tapi aku buat derk . orang-2 sellers dy pergi promote novelnya kad aku . aku un macam nak tak nak ja layan .. haha , sekali , ada seorang peminat novelis nih datang mintak discount 25% . dia kata dy pernah baca novel-novelnya yang terdahulu . 


CINTA KAU DAN AKU .. ini novel aina farha .. aku baca . pasal perempuan tomboi . ini terbitan BUKU PRIMA . anda , ni lagi satu novel dia .


 perr ! novel nieh famous nieh ! sapa yang tak baca lagi ? haha . yang ruginya , balik pada pesta buku tuhh , baru aku tau yang dia penulis novel yang pernah buat aku tangkap leleh nih ! haha . sebaik aku sempat bergambar . gambarnya ? sorry lah kawan ! aku tak upload lagi . camera tak da batery . tunggu my mum masukkan lah . senang lah nanti . aihh , dua-dua novel dia aku dah baca . cuma tak tau sapa penulisnya .. hehe .

p's ; nie entry TERPANJANG yang pernah aku tulis . haha :) penat tak habis lagi ..
dan pesanan nie ditujukan kepada HUDA ZAINAL . woii , kau baca ja lah sendiri . aku punya semangat nak cerita kad kau pasal story aku , kau pergi offline KENAPA !!

sayangg korang yang baca :)



Friday, 24 June 2011

surat , surat !

kehadapan pembaca tercinta ,

tujuan sara tulis post ini adalah untuk menceritakan serba sedikit tentang kehidupan sara . terlebih dahulu , sara ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca post sara . sara adalah budak blogger baru . baru ja buat blog ini 18/6/2011 yang lepas . jadi , tolong bagi kerjasama . sara masih baru . masih terkontang-kanting mencari hala tuju . hala tuju dalam dunia blog ! buktinya , follower sara masih lagi sikit . untuk pengetahuan pembaca , sara pernah membuat blog satu masa dahulu , tetapi accountnya telah dimansuhkan .


     sara tidak mengharapkan apa-apa . cuma , rajin-rajin lah menegur sraa di sini . tidak rugi sekiranya kita saling berkenal-kenalan dan menjalinkan hubungan persahabatan yang erat . okay , sebenarnya sara ingin menceritakan tentang HARI TERBUKA yang berlansung di SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman pada 24 June 2011 ini . sara telah mendapat nombor ke-8 dari 34 orang didalam kelas 3 Anggerik . result sara terlalu teruk ! banyak comment yang telah dikemukakan oleh guru yang bertugas mengendalikan hari terbuka tersebut si kelas sara iaitu PN RAZILA aka ENGLISH teacher 3 A . 

sampai disini saja post sara untuk hari ini , semoga kita dapat bertemu kembali .



p/s : ada rupa macam tulis surat KARANGAN TIDAK RASMI tak ? sara saja ja . inikan laman surat versi teknologi dan maklumat . haha ;)

<3 sayang korang yang baca .

Thursday, 23 June 2011

hati sara , dia mana buleh tau !

semalam tidur awal gila lah ! pukul 8 15 dah lentok .. " awal gila minah nieh tidur ! " haha , bukan apa , tak tidur petang .. so , mengantuk ! mula-mula dah janji kad diri sendiri nakbangun pukl 9 nya . dah siap set jam dah . tapi tak tejaga pulak .. ngantuk sngat lah tuh . hehe , bia kan lah dia tidur ;)

bercerita di blog , lebih kurang macam diari lah kan ? so , kali nie aku nak luahkan perasaan dalam bentuk ;

dia ,
mungkin tiada erti aku dimatanya ,
mungkin sudah ditakdirkan pengenalannya hanya sementara ,
bohonglah jika aku tidak merinduinya ,
walau tiada cinta ,
tapi masih ada sayang sang kawan ,

aku ,
tidak mungkin mengharapkannya ,
walau bukan kasih tapi sayangnya sebagai kawan ,
ku pendamkan saja rasa hati ,
biar aku saja yang merasai ,
tidak perlulah dia ketahui ,
yang aku sangat menyayanginya ,
sayang seorang kawan kepada kawan ,
kawan yang dulu pernah singgah di hati ,
walau bukan selamanya disisi ,
tapi masih tegar di hati ;)

Tuesday, 21 June 2011

dosa , dosa .

nampak ta ayat nieh , ANDA PENGGUNJUNG KE :

haha , 250 ? teruk ! padahal baru buat sabtu hari tuhh .. haha . kes MENIPU !

Monday, 20 June 2011

duit duit !

hui , hari-hari ye aku update walaupun posting tak ada orang comment .. haha :)

sebenarnya sekarang ni aku patut ada dekat port ( pelabuhan klang ) . membe-membe pakat nak pergi sana makan sizzling :)

adoi , nampak bendanya kat atas ni , meleleh-leleh air liur .. ramai yang pergi .. sebenarnya , my mum dah bagi dah permision nak pergi sana . tapi , sara punya jiran merangkap BFF sara and classmate sara mak dia tak kasi , urm .. sara pun malas nak pergi .. 

sara tak pegi bukan sebab fara ( jiran tadi ) tuh pun  . tapi disebabkan lari baget .. adoi ! nak beli itu , beli ini , tapi duit tak da ! 26/6 nie nak pergi SACC mall pula . ada apa ? pesta buku ..nak beli novel lah apa lagi ..


haa , ni novel yang sara nak beli sangat-sangat .. sara dah promise dengan penulis dia , yang nak beli novel dia ni kalau ada rezeki . adoi , minat gila lah sara dengan DHIYA ZAFIRA .. novel dia yang sara pernah baca , 
dengan 
 haha , semua novel pinjam .. err , alah ! tak apa . janji dah baca . peduli apa kan sapa punya .. haha , 


sabab tuh lah baget tak cukup .. haha , duit sara sekarang ada RM 15 ja .. adoi , sikit-sikit .. dah lah na pegi port tuhh , banyak duit kena guna ;
TAMBANG BAS ( pergi & balik ) = RM 2 .
SIZZLING ( sehidang ) = RM 5 .
AIR ( segelas ) = RM 2 . 

hadiah birthday membe bulan 6 tuh pun tak bagi lagi . nak bagi macam mana ? bukak purse ja keluar kupu-kupu .. haha :) membe bulan julai ? adoi ! botak kelapa aku karang . nieh , BFF aku si AINA FARHA ni , suruh pulak aku belanja dia KFC . 

dia nak pergi sana tuh , atuk dia ada kat sana lah kot .. haha :) 

p/s ; tangan belah kiri owner sakit . tadi kena cucuk dengan jarum .. haha , lenguh lah ! muka ketat ja .
; sorry lah sebab kejap guna aku , kejap guna sara . ORANG TAK TETAP PENDIRIAN bak kata ustazah !

sayangg korang yang baca <3<3

Sunday, 19 June 2011

coretan sebelum nak IRON BAJU ..

the SUNDAY ..
19 JUNE 2011 , i am celebrating FATHER'S DAY yang ke 15 .. haha , sbab umur sekarang da 15 . walau pun sebenarnya ta smpai lagi limabelas ..
pagipagi pegi tsyen .. my dad hantar . bila dah smpai , my dad sua tangan nak salam as usually my dad akan buad setiap kali nak hantar i pegi tsyen .. masa salam , i un ucap lah SELAMAT HARI BAPA ..

petang tuhh tengah berBLOGER , my mum ajak g Klang Parade . cara i dressing ? haha , HUDUH ! pakai pashmina , T-shirt hitam lengan pnjang n maxi skirt .. pakai sandle ja pergi . smpai sana , my mum bought me weges ( ta tau eja ) ..

so , tak da kempunan tengok orang pakai .. haha :)

Saturday, 18 June 2011

post kedua untuk hari yang pertama :)

27/9/2011 ; BIRTHDAY owner's yang ke lima belas tahun ..
4/10/2011 ; PMR 2011 bagi semua pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia ..
11/10/2011 ; PMR 2011 tamat dan melabuh tirai ..
18/6/2011 ; dengan keadaan mengantuk dan tersengguksengguk depan PC tercinta sara post entry nieh .. siang tadi ta tidur . so , sara ngantuk sangat . tapi , sara tetap gagahkan juga mata nie untuk terus celik dan berjaga demi blog yang baru direka ini ! yeah !

PMR , ingad senang ka ? aihh , sara tak cakap pun PMR susah .. bagi sara , middle . tengahtengah . tagged ? mesti lha higger .. tapi ta confident pulak boleh dapat ke tidak . setakat nie sara memang tagged ;
mathematics :)
bahasa melayu :)
agama islam :)
science :)
sejarah :)

so , apa yang tak ada ?
english !
geografi !
kemahiran hidup ( kemahiran teknikal ) !

tapi , tak apa ! sara akan berusaha sedaya upaya ! sara akan pastikan trial nanti , just A's and B's :)
nieh anganangan sebelum PMR .. banyak lagi sebenarnya anganangan tuh .. kononnya nak online sepanjang masa lha , merayap ngan membemembe keluar tengok cinema lah , nak stay kampung sepanjang cuti lah .. tapi fact nya , sara cam bukan budak nak amik PMR pulak .. haha , ta da ciriciri langsung :)

setakat ini saja , terima kasih :)
sayang korang yang baca !

cubaan pertama :)

semangat gila ni .. bila semua membe ada blog , tengok my mum un active blog , rasa berkobar-kobar na uat blog .. budak batch PMR , suppose sentiasa with buku , study , study and study !! tapi aku boleh lagi berantaisantai buat bolg bagai .. haha :)

masih dalam tempoh percubaan . semua orang bermula dari bawah , jadi jangan pernah memertikaikan hasil kerja saya ini ( blog ) kalau kelihatan tak sempurna .. anda pernah menjadi seperti saya ..