Wednesday, 28 September 2011

selamat hari jadi ;)

hari nie 28 , tapi sara saja nak bercerita tentang 27 iaitu semalam .
27/9/2011 --- birthday aku yang ke 15 . *dahtuadah


malam tuh sara tdur lambat . saja-saja nak tidur lambat . nak tunggu orang wish . tidur lambat , sara buat apa err ? haha , text BFF . yang geramnya , text ngan dia sampai nak dekat pukul 1 , tapi dia tak wish pun .. haha , biar lah , alasannya tak sweet kalau sara yang ingatkan . haha , and than ada dapat satu ucapan dari nombor yang tak dikenali . rupanya abang angkat . haha , dia ingat birthday sara walaupun dah lama tak contax ? dah lah masuk PLKN tak bagi tau . oke , thanks je lah .

sebelum menjangkau jam 12 ( masih 26/9 ) , ada 2 orang dah wish dulu . haha , alasan nanti diorang busy . so , wish lah awal-awal takut lupa . my mum buat kek . sebab sara ngan membe plan nak potong kek masa rehat . she make by her own . malam tuh , sara ngan abah sara pergi kedai nak laminate slip PEPERIKSAAN , fotostat sijil dan beli coklat m&m tuhh . coklat tuh nak tempek atas kek . dalam pejalanan balik , hujan lebat .. abah ingad nak singgah pasar malam , tapi tak jadi ..

tengah ulangkaji geografi masa tuh , and suddenly sara get text from maxis center . happy birthday , enjoy your birthday with call free . as well as all the user get , whole the day , 24 hours get free call . know what i'm did ? telling every one i got free call just want to remind them tomorrow(27/9) is my birthday . haha , one off my FB friend thought today (26/9) is my birthday , so he wish so early . haha , just take it as a beautiful wishes . never mind ;)

malam tuh sara tak kol sapa2 pun . just text ngan BELOVED bff ( kalau kau baca , kau tau lah aku cakap pasal kau ) . pagi tuh , bangun macam biasa , tak da apa yang beza . dua BFF dari another school wish kad aku . satu sekolah Pandamaran Jaya , satu lagi La Salle . hehe , thanks korang . bersiap ke sekolah seperti biasa , salam dengan parents seperti biasa . no wishes even from one of them . dosent matter . melangkah dengan penuh harapan agar aku di angkat umpama seorang raja . haha , hari aku kan ? FARA tunggu kat luar dengan muka ketad sebab aku keluar lambat .. ambil masa yang terlalu lama untuk mengurus diri . haha , aku birthday girl , jangan arah kad aku . tanpa sebarang ucapan , diam seribu bahasa , hanya diselitkan sepatah dua pertanyaan dan jawapan , kami sampai sekolah . 

munuju ke arah classmate tersayang , semua terpa aku . haha . SELAMAT HARI JADI SARAH ! haha , hampir semua orang yang wish kad aku aku huge and kiss diorang . tanda aku sayang korang . haha , ada beberapa orang yang memang sengaja tak nak wish masa tuh . nak jadi orang terakhir katanya (AINA) . mulakan hari tu dengan pembelajaran science . haha , teacher kasi RM5 . itu pun ALIA g bagi tau . haha , huge kiss cikgu sekali lah . sayang TEACHER NIK HASNAH .

waktu rehat memang berlansungnya sesi pemotongan kek tuh , haha , diorang pergi nyanyi nye kuat2 . haha , so shy lah . FARRA AZREEN bawak bihun satu bekas cukup untuk satu kelas . haha , thanks sayangg . lepas rehat ada raptai hari anugerah kokurikulum . dapat kehadiran penuh ? untuk ping pong dan kelab komputer . haha , so weird lah . aku g koko 3 kali ja . haha , thanks cikgu .

balik tuh , bahagikan kek yang sememangnya aku simpan kad budak lelaki . diorang berebut , padahal aku suruh ambil sorang satu ja . AMIN siut . dalam mulut penuh kek , boleh cakap aku tak dapat lagi . haha , WANI , AMIRAH , INTAN dan pakwenya IWAN kasi hadiah . cantik . thanks korang , aku appreciated . balik tuh HISYAM tunjuk satu plastik telur yang katanya dah dicampur dengan GAM dan kek yng aku kasi tuh . katanya nak baling kad aku . haha , betapa takut nya hati nieh , hanya Allah yang tau . masa balik , semua seolah-olah menjauhkan diri . semua jahat . lebih pentingkan baju korang yang takut busuk dari teman aku jalan sekali . HAFIZ FADHIL lah jahat . dy suruh semua jangan jalan dengan aku . haha ;)

sampai kad luar , HISYAM attack aku . eii , jahat ! haha , AZZIRA pun . rupanya dia ada spray buih tuhh , ishh , dalam diam2 err . habis stu badan aku , begelumang dengan buih dan telur . haha , thanks . sayang korang . 

malam , i gayut ngan BFF tuh . classmate yang aku call just AZZIRA ngan AMIRAH ja . tuh pun sebab AZZIRA suruh call nak tnya pakai baju apa besok . aku cakap phone ngan FARA masa petang even dia dok sebelah aku . haha . call free ;)

oke , itu ja kod .. aku sayangg korang semua . tahun nie paling bemakna ;)
sayang juga kepada yang baca <3<3

Friday, 23 September 2011

akhirnya ~

ALHAMDULILLAH

semua masalah aku dah settle .
masalah ngan cikgu ja ..
yang dengan membe nieh ,
aku tak tau .
*mana ada aku gaduh ngan sesapa*


kami bawak berbincang . cakap face to face . dan , tak payah tanya ! semestinya sesi perbincangan dan sesi bermaafan itu disertakan dengan lelehan air mata . sob sob sob *menangis
haha , apa apa hal pun , problem aku dah settle . aku boleh lha beri sepenuh prhatian kepada PMR yng akan berlangsung seminggu aje lagi . banyak nak kena cover nie . haha .

27/9 
selasa nie lah . hehe .. hari jadi aku ! aihh , mana bole ucap ja . hadiah lah sekali . haa , sapa baca kena kasi hadiah . hehe . tak da lha , cukup sekadar aku sentiasa di hati korang ;)

uahh , mood aku happy lha hari nie ,  ada papew kew ??
muka kena manis beb !
kasi senyum itu macam ,
hati kasi mau keras !
haha , dahh . aku dah melalut apa dah nie .

p/s ; sebenarnya aku nak tulis something mengenai BFF . tapi , tak payah lah . mood tengah baik . tunggu ada BFF yang spoilt kan mood baru aku tulis pasal tuh yew .
sayang korang yang baca <3<3

Wednesday, 21 September 2011

masalah aku , tak melibatkan kau !

ini hanya cara aku menyampaikan . hati aku , perasaan aku , jiwa aku , semuanya aku sampaikan disini . ia tidak melibatkan mana-mana pihak walaupun secara dasarnya aku memang bercerita mengenai kau ! aku dengan cara aku , kau dengan cara kau , jadi , apa yang aku tulis hanya berdasarkan apa yang terlintas di hati dan bukannya bermaksud nak menjatuhkan kau .

___________________________________________________________________________

PMR makin dekat . kurang daripada 20 hari ja lagi . time-time macam nie lah , banyak masalah yang remeh temeh timbul serentak dengan kusutnya kepala aku nak cover semua benda . aku tulis nie pun just nak luahkan secebis lara yang dah berbuku di hati . siang malam hati aku dilanda kemurungan . kalau macam nie , macam mana nak focus buat revision ? tumpuan masa buat latih tubi selalu terganggu bila tiba-tiba fikiran nie teringat balik satu persatu yang terjadi dua tiga hari nie ..

huh !
satu demi satu keluahan aku lepaskan . sekolah , kalaulah aku diberi kesempatan , kalaulah tiba-tiba jin muncul depan aku suruh buat permintaan , aku harap dalam sekelip mata aku dapat larikan diri dari sekolah . guru . guru yang sepatutnya aku sayang dan hormat . sekarang aku rasa macam ada satu tembok yang besar yang buat aku rasa antara aku dan seorang guru itu ada satu jurang yang sangat besar . hubungan mesra antara aku dan guru tidak lagi seakrab dahulu . tergurisnya hati guru maka binasalah masa depan seorang pelajar . ilmu yang dicurahkan mungkin sekali tidak diberkati . aku nak amik periksa lagi 2 minggu . tapi kenapa mesti adanya masalah yang timbul . aku inginkan kerestuan dan doa dari seorang guru . tapi , aku pun tak paham . aku tak paham , ini salah aku ke ? kalau salah , tolong bagi tau mana salah aku . aku rasa ini adalah satu bebanan yang kuat yang aku harus pikul yang aku sendiri tyak tahu jalan ceritanya . satu cerita yang direka hadir di telinga . kenapa wujudnya satu sketsa sebegini . mana hadirnya khabar angin ini .
" jamuan tak nak pergi , KL nak pulak pergi "
mana dapat cerita nie ? aku tak pernah pun rancang nak pergi sampai ke kuala lumpur lepas habis periksa nanti . aku masih waras untuk memikirkan had yang mak aku bagi . tamatnya periksa bulan 10 nie bukan tamatnya sebuah kehidupan . bukan lah sampai nak meraikan seolah-olah tiada lagi waktu yang membenarkan aku untuk bersuka ria . hati aku sebak . tapi ,  sukar untuk aku tonjolkan dihadapan seseorang yang bernama sahabat . aku masih tersenyum disebalik kisah lara yang bermaharaja dihati . aku tau , tanpa minta kebenaran dari orang tua aku pun , aku tau yang parents aku tak kan bagi permition lah nak pergi tempat sejauh kuala lumpur dengan membe-membe dengan umurku yang masih mentah . remaja seusia aku , sememangnya tidak pandai untuk menjaga diri di tempat asing . tapi , mana datangnya cerita yang lepas PMR aku nak pergi KL ? yew . memang ada membe-membe aku rancang nak pergi sana . tapi , talk to my hand lah , aku tak kan join korang , aku lebih selesa berada di rumah dari membantah cakap mak aku . aku nak bukak mulut nak tanya ja pun aku takut !

NUR SARAH SYAUQINA . 
mesti famous nama aku kad bilik guru . macam-macam cerita akan diumpatkan dalam sebuah tempat bernama bilik guru . aku perasan , semua cerita yang buruk-buruk nie timbul lepas dapat result percubaan hari tuh . aku paling tinggi . dengan keputusan 5A 3B . aku masih macam dulu . sama macam mana korang kenal masa tahun-tahun sudah . tapi kenapa cakap aku sombong ? kenapa gelarkan kami bodoh sombong ? aku tak suka bila digelarkan dengan sesuatu yang sememangnya bukan diri aku ! sifat aku memang sebegini . aku bila selisih dengan cikgu , aku bagi salam apa . aku hormat dengan seseorang yang bernama cikgu itu . aku bagi kan satu tanda penghormatan dari seorang pelajar . kalau ada cikgu suruh aku tolong dia , dengan sepenuh hati , aku akan bantu tanpa banyak bicara . aku ikhlas dalam setiap perbuatan . cuma mungkin cara aku melahirkan ekspresi muka , keikhlasan aku di salah ertikan . aku ingin disayangi dan disegani . tapi , semakin hari semakin aku rasa dunia sedang memberi hukuman kepada aku . tapi , apa salah aku ? waktu cikgu mengajar , membuat urusan lain diketagorikan sebagai salah satu sikap sombong . aku terasa bila guru kelas aku kata macam tuh . adakah dia merujuk kepada aku ? okey , aku mengaku . kadang , waktu cikgu mengajar , aku tak pandang muka cikgu tuh , aku sebok dengan urusan aku . tapi tak bermakna apa yang cikgu ajar aku tak dengar . aku tunduk bawah , tapi telinga aku masih teliti dengar setiap apa yang cikgu sebut . nie semua sebab ada membe tegur aku cara aku pandang cikgu , seoalah olah aku marah .. aku sememangnya dilahirkan begini . cara aku meluahkan isi hati dan setiap apa yang aku perkatakan sering disalah tafsirkan . mereka , iaitu guru dan sahabat aku selalu pikir aku tengah marah , tak suka , atau lebih tepat lagi , sombong . sesunggunhnya , aku memang dikurnia kan sifat sebegini . aku tidak pandai untuk menuturkan kata dengan sebutan yang mendayu-dayu . dan aku tak pandai nak memandang seseorang dengan pandangan yang mengasyikkan . mata kau tajam merenung kehadapan sedangkan aku begitu bersemangat untuk memperoleh ilmu . tapi , pandangan aku disalah ertikan . katanya mata aku , mata yang penuh dengan sifat angkuh dah riak . aku seolah-olah dituduh melakukan sesuatu yang bukan diri aku . aku sayang akan cikgu-cikgu aku . tapi , persoalannya adakah mereka juga menyayangi aku ..

FACEBOOK .
wujudnya satu perbalahan antara A dan B . siapa makan cili , dialah yang terasa pedasnya . kerana aku sepasang kekasih bertengkar ? aku ialah seorang pelajar A yang telah terlepas dalam berbicara . satu statement yang buat seorang pelajar B terasa dan telah diluahkan kepada seseorang yang bernama kekasih iaitu pelajar A . A , semestinya memihak kepada A . tapi , hati orang , mana kita tahu . sedangkan pantai lagi berubah , inikan pula hati manusia . mustahil si pelajar A ini akan terus membela nasib sahabatnya ini sedangkan ianya melibatkan kekasih hati yang selama ini bertahta dihati , seorang pelajar B . sekiranya ada sesiapa pelajar B yang membaca , aku si pelajar A mohon beribu kemaafan .

SAHABAT KARIB .
setelah macam-mcam aku lalui . dan macam-macam yang hadir dihati . serta macam-macam yang terlintas dibenak fikiran . aku kini meragui sahabat sendiri . sahabat karib , bukan 1 tapi semua . satu kelas sahabat aku , jadi aku bukan berbicara tentang sahabat yang selama ini memenani aku di dalam kelas . yang dari 2009 duduk disebelah aku dalam kelas . bukan dia yang aku maksudkan . aku sayang kawan-kawan aku . bagi aku , tanpa mereka aku tak mungkin ada di tahap nie . cuma kenapa aku merasakan , disaat aku merasakan kehibaan , sahabat-sahabat disekeliling seolah-olah meminggirkan aku . korang kalau tak puas hati , cakap lah depan-depan . aku tak suka kalau ada cerita yang korang sembang-sembang terselit nama aku . aku paling tak suka depan aku buat baik seolah-olah aku rakannya dunia akhirat tapi dibelakang , pelbagai cerita yang korang umpatkan . aku akan lagi sakit hati kalau aku dapat tau dari orang lain dan bukannya dari mulut kau sendiri . aku respect kau kalau kau berani cakap face to face ngan aku . susah lah korang , bila aku tanya kadang , cakap okey-okey . tapi , belakang aku , kutuk aku macam-macam . sahabat , aku perlukan korang disetiap masa . bukan hanya pada waktu senang dan gembira .

YA ALLAH .
kau seolah-olah sedang menguji keimanan ku . aku sendiri tak pasti , kenapa semakin dekat periksa itu , semakin aku jauh dari mu . aku ingin menjadi seorang hambamu yang sentiasa patuh dan taat akan suruhanmu YA ALLAH . wahai tuhan ku , aku tahu kau mengujiku atas kemampuan ku sendiri YA ALLAH . aku tahu , kau tahu kekuatan dan kelemahan diriku YA ALLAH . sesungguhnya aku hanya berserah kepada mu . aku mohon akan perlindungan dan rahmatmu YA ALLAH .

p/s : ini datang dari hati aku . aku tak bermaksud nak kutuk sapa-sapa , cuma ingin lahirkan rasa yang selama nieh berbuku di hati .
sayang kornag yang baca <3

Saturday, 17 September 2011

komputer

perbualan antara sara dan abah .


SARA ; bah , best lha kak main netbook kawan kak tadi . masa dyorang tengah discuss kak main game ..

ABAH ; orang belajar , kau maen game !

SARA ; dyorang bukan group kak .. kak punya group dah buat presentation dah tadi ..

ABAH ; dah tuh , kau ikot buat apa ?

SARA ; saja teman Fara . p naik bas .

ABAH ; (senyap tanpa reaksi )

SARA ; bahh , best lah kak main netbokk 1 malaysia kawan kak punya tadi .. dia punya tmpat nak gerak mouse tuhh , akak suka betul main .. banyak game bah dalam netbook dia ..

ABAH ; nieh , kita pun ada jugak . ( smbil tunjuk komputer )

SARA ; alah , kak nak yng kak sendiri punya .. hehe , senang nanti tak payah gaduh dah .. lagi pun kak suka guna yng kad laptop tuh . komputer mana ada ..

ABAH ; (senyap sambil senyum )

SARA ; abah tak mau belikan akak satu ka ?

ABAH ; (senyap )

MUMMY ; haa , dah kau nak nak sangat . pegi lha buat ulangkaji . biar dapat 8A .. abah kau belikan lah .

SARA ; bahh , abah tak mau beli pun tak pa . abah repair komputer yng kad bilik belakang tuh ja . nanti lepas kak periksa bole hari-hari kak menghadap game .

ABAH ; bagi lah duit !

SARA ; alah bahh , kak mana ada duit . bahh , lagi pun kalau abah p repair komputer tuhh , semua game dlam komputer nie pindah p sana .. komputer nieh dah tak kan rosak agi dah .

MUMMY ; haa , bagus lah , tak payah lah asyik rosak ja .. biar komputer tuh ja penuh game .

SARA ; haa bahh . betul tuhh .

ABAH ; dah lah , p study uhh . kau dah lah nak periksa , komputer ja kau tau !


tak tau nak tulis entry apa sebenanya , 
p/s ; malas nak bukak shoutbox .. ishh , nanti lha .
kan dah tak da orng datang blog aku .

Friday, 9 September 2011

2 in 1 .

lama tak bersajak .. haha , hari nie aku nak sampaikan rasa hati dalam bentuk puisi .. tak payah peningpening nak paham . baca sepintas lalu ja . luahan hati aku , so malu lah kalau orang tau ..


tercari-cari aku dimana dia ,
mengharapkan ia datang menemani di sisi ,
tatkala aku terlalu mendambakan ia disini ,
pabila aku kaku mencari sesuatu ,
sesuatu yang aku sendiri tak tahu ,
disaat aku masih keliru ,
mencari jawapan untuk satu persoalan ,
yang masih menghantui fikiran ,
adakah aku akan melepasi ujian ini ,
ujian yang akan menentukan sebuah kehidupan ,
berharap agar memori dah ingatan ini yang tersemat indah ,
yang akan sentiasa kekal di ingatan ,
mengiringi langkahku tatkala menuju ke medan peperangan .


berbekalkan doa dan harapan ,
aku gelisah berseorangan ,
melihat teman-teman khusyuk menadah tangan ,
memohon pertolongan daripada Tuhan ,
tiada apa yng bisa kami lakukan ,
tiada siapa yang bisa kami tanyakan ,
apatah lagi dijadikan rujukan ,
mungkin iya dan mungkin tidak ,
hanya bergantung pada soalan 

aku benar-benar mengharapkan ,
agar ingatan dapat diputarkan ,
enggan mengecewakan seribu harapan ,
yng sentiasa di belakang memberi sokongan ..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------


aku keliru ,
siapa sebenarnya ,
yang menjadi punca dalam perbalahan ,
mengikutkan ego yang bermaharaja di hati ,
aku yakin ,
aku tak patut dipersalahkan ,
mungkin benar aku lancang berkata ,
tapi tak bermakna engkau tidak patut disalahkan ,
walau maaf sudah tagihi ,
engkau masih mendiamkan diri ,
walau engkau bukan raja di hati ,
tapi engkau tetap sahabat yang ku sayangi ,
aku tak mengerti ,
mengapa pula aku yang harus menyesali ,
sedangkan engkau yang menyakiti ,
hati dan perasaan ini ..


thanks spending u're time .
love u all <3<3