Wednesday, 21 September 2011

masalah aku , tak melibatkan kau !

ini hanya cara aku menyampaikan . hati aku , perasaan aku , jiwa aku , semuanya aku sampaikan disini . ia tidak melibatkan mana-mana pihak walaupun secara dasarnya aku memang bercerita mengenai kau ! aku dengan cara aku , kau dengan cara kau , jadi , apa yang aku tulis hanya berdasarkan apa yang terlintas di hati dan bukannya bermaksud nak menjatuhkan kau .

___________________________________________________________________________

PMR makin dekat . kurang daripada 20 hari ja lagi . time-time macam nie lah , banyak masalah yang remeh temeh timbul serentak dengan kusutnya kepala aku nak cover semua benda . aku tulis nie pun just nak luahkan secebis lara yang dah berbuku di hati . siang malam hati aku dilanda kemurungan . kalau macam nie , macam mana nak focus buat revision ? tumpuan masa buat latih tubi selalu terganggu bila tiba-tiba fikiran nie teringat balik satu persatu yang terjadi dua tiga hari nie ..

huh !
satu demi satu keluahan aku lepaskan . sekolah , kalaulah aku diberi kesempatan , kalaulah tiba-tiba jin muncul depan aku suruh buat permintaan , aku harap dalam sekelip mata aku dapat larikan diri dari sekolah . guru . guru yang sepatutnya aku sayang dan hormat . sekarang aku rasa macam ada satu tembok yang besar yang buat aku rasa antara aku dan seorang guru itu ada satu jurang yang sangat besar . hubungan mesra antara aku dan guru tidak lagi seakrab dahulu . tergurisnya hati guru maka binasalah masa depan seorang pelajar . ilmu yang dicurahkan mungkin sekali tidak diberkati . aku nak amik periksa lagi 2 minggu . tapi kenapa mesti adanya masalah yang timbul . aku inginkan kerestuan dan doa dari seorang guru . tapi , aku pun tak paham . aku tak paham , ini salah aku ke ? kalau salah , tolong bagi tau mana salah aku . aku rasa ini adalah satu bebanan yang kuat yang aku harus pikul yang aku sendiri tyak tahu jalan ceritanya . satu cerita yang direka hadir di telinga . kenapa wujudnya satu sketsa sebegini . mana hadirnya khabar angin ini .
" jamuan tak nak pergi , KL nak pulak pergi "
mana dapat cerita nie ? aku tak pernah pun rancang nak pergi sampai ke kuala lumpur lepas habis periksa nanti . aku masih waras untuk memikirkan had yang mak aku bagi . tamatnya periksa bulan 10 nie bukan tamatnya sebuah kehidupan . bukan lah sampai nak meraikan seolah-olah tiada lagi waktu yang membenarkan aku untuk bersuka ria . hati aku sebak . tapi ,  sukar untuk aku tonjolkan dihadapan seseorang yang bernama sahabat . aku masih tersenyum disebalik kisah lara yang bermaharaja dihati . aku tau , tanpa minta kebenaran dari orang tua aku pun , aku tau yang parents aku tak kan bagi permition lah nak pergi tempat sejauh kuala lumpur dengan membe-membe dengan umurku yang masih mentah . remaja seusia aku , sememangnya tidak pandai untuk menjaga diri di tempat asing . tapi , mana datangnya cerita yang lepas PMR aku nak pergi KL ? yew . memang ada membe-membe aku rancang nak pergi sana . tapi , talk to my hand lah , aku tak kan join korang , aku lebih selesa berada di rumah dari membantah cakap mak aku . aku nak bukak mulut nak tanya ja pun aku takut !

NUR SARAH SYAUQINA . 
mesti famous nama aku kad bilik guru . macam-macam cerita akan diumpatkan dalam sebuah tempat bernama bilik guru . aku perasan , semua cerita yang buruk-buruk nie timbul lepas dapat result percubaan hari tuh . aku paling tinggi . dengan keputusan 5A 3B . aku masih macam dulu . sama macam mana korang kenal masa tahun-tahun sudah . tapi kenapa cakap aku sombong ? kenapa gelarkan kami bodoh sombong ? aku tak suka bila digelarkan dengan sesuatu yang sememangnya bukan diri aku ! sifat aku memang sebegini . aku bila selisih dengan cikgu , aku bagi salam apa . aku hormat dengan seseorang yang bernama cikgu itu . aku bagi kan satu tanda penghormatan dari seorang pelajar . kalau ada cikgu suruh aku tolong dia , dengan sepenuh hati , aku akan bantu tanpa banyak bicara . aku ikhlas dalam setiap perbuatan . cuma mungkin cara aku melahirkan ekspresi muka , keikhlasan aku di salah ertikan . aku ingin disayangi dan disegani . tapi , semakin hari semakin aku rasa dunia sedang memberi hukuman kepada aku . tapi , apa salah aku ? waktu cikgu mengajar , membuat urusan lain diketagorikan sebagai salah satu sikap sombong . aku terasa bila guru kelas aku kata macam tuh . adakah dia merujuk kepada aku ? okey , aku mengaku . kadang , waktu cikgu mengajar , aku tak pandang muka cikgu tuh , aku sebok dengan urusan aku . tapi tak bermakna apa yang cikgu ajar aku tak dengar . aku tunduk bawah , tapi telinga aku masih teliti dengar setiap apa yang cikgu sebut . nie semua sebab ada membe tegur aku cara aku pandang cikgu , seoalah olah aku marah .. aku sememangnya dilahirkan begini . cara aku meluahkan isi hati dan setiap apa yang aku perkatakan sering disalah tafsirkan . mereka , iaitu guru dan sahabat aku selalu pikir aku tengah marah , tak suka , atau lebih tepat lagi , sombong . sesunggunhnya , aku memang dikurnia kan sifat sebegini . aku tidak pandai untuk menuturkan kata dengan sebutan yang mendayu-dayu . dan aku tak pandai nak memandang seseorang dengan pandangan yang mengasyikkan . mata kau tajam merenung kehadapan sedangkan aku begitu bersemangat untuk memperoleh ilmu . tapi , pandangan aku disalah ertikan . katanya mata aku , mata yang penuh dengan sifat angkuh dah riak . aku seolah-olah dituduh melakukan sesuatu yang bukan diri aku . aku sayang akan cikgu-cikgu aku . tapi , persoalannya adakah mereka juga menyayangi aku ..

FACEBOOK .
wujudnya satu perbalahan antara A dan B . siapa makan cili , dialah yang terasa pedasnya . kerana aku sepasang kekasih bertengkar ? aku ialah seorang pelajar A yang telah terlepas dalam berbicara . satu statement yang buat seorang pelajar B terasa dan telah diluahkan kepada seseorang yang bernama kekasih iaitu pelajar A . A , semestinya memihak kepada A . tapi , hati orang , mana kita tahu . sedangkan pantai lagi berubah , inikan pula hati manusia . mustahil si pelajar A ini akan terus membela nasib sahabatnya ini sedangkan ianya melibatkan kekasih hati yang selama ini bertahta dihati , seorang pelajar B . sekiranya ada sesiapa pelajar B yang membaca , aku si pelajar A mohon beribu kemaafan .

SAHABAT KARIB .
setelah macam-mcam aku lalui . dan macam-macam yang hadir dihati . serta macam-macam yang terlintas dibenak fikiran . aku kini meragui sahabat sendiri . sahabat karib , bukan 1 tapi semua . satu kelas sahabat aku , jadi aku bukan berbicara tentang sahabat yang selama ini memenani aku di dalam kelas . yang dari 2009 duduk disebelah aku dalam kelas . bukan dia yang aku maksudkan . aku sayang kawan-kawan aku . bagi aku , tanpa mereka aku tak mungkin ada di tahap nie . cuma kenapa aku merasakan , disaat aku merasakan kehibaan , sahabat-sahabat disekeliling seolah-olah meminggirkan aku . korang kalau tak puas hati , cakap lah depan-depan . aku tak suka kalau ada cerita yang korang sembang-sembang terselit nama aku . aku paling tak suka depan aku buat baik seolah-olah aku rakannya dunia akhirat tapi dibelakang , pelbagai cerita yang korang umpatkan . aku akan lagi sakit hati kalau aku dapat tau dari orang lain dan bukannya dari mulut kau sendiri . aku respect kau kalau kau berani cakap face to face ngan aku . susah lah korang , bila aku tanya kadang , cakap okey-okey . tapi , belakang aku , kutuk aku macam-macam . sahabat , aku perlukan korang disetiap masa . bukan hanya pada waktu senang dan gembira .

YA ALLAH .
kau seolah-olah sedang menguji keimanan ku . aku sendiri tak pasti , kenapa semakin dekat periksa itu , semakin aku jauh dari mu . aku ingin menjadi seorang hambamu yang sentiasa patuh dan taat akan suruhanmu YA ALLAH . wahai tuhan ku , aku tahu kau mengujiku atas kemampuan ku sendiri YA ALLAH . aku tahu , kau tahu kekuatan dan kelemahan diriku YA ALLAH . sesungguhnya aku hanya berserah kepada mu . aku mohon akan perlindungan dan rahmatmu YA ALLAH .

p/s : ini datang dari hati aku . aku tak bermaksud nak kutuk sapa-sapa , cuma ingin lahirkan rasa yang selama nieh berbuku di hati .
sayang kornag yang baca <3

No comments: