Monday, 24 October 2011

aku , usia dan cartoon ;)

well , selepas korang baca tajuk lah kan , korang rasa aku nak bercerita mengenai apa ? mungkin ia mengenai aku yang terlalu mengilai cartoon . tapi korang mesti heran , she's already fifteen . so , why she look so interest with the children programme ? there's nothing impossible right ? hmm , actually . aku tak terlalu obses kepada ' cartoon ' . hello !! cartoon sekarang dah banyak yang best . i tak layan lha JOJO CIRCUS , MICKEY MOUSE CLUBHOUSE , NINJA TURTLE , WONDER PET , or even ULTRAMAN . cerita DORAEMON ngan SHIN CHAN un aku dah tak layan tau . i'm getting older from 1 year to another .

cartoon yang aku layan sejak meningkat ke alam ramaja nieh cume cartoon yang di tayangkan kad TV9 from monday to thusday only . tuh pun KERANA aku sekolah sesi pagi and got nothing to do with my time . kadang tuhh balik sekolah lepas mandi ngan makan , aku tengok tv . memandangkan hanya aku ada adik kecik yang gemarkan siaran tersebut , so aku dah terbiasa tengok cerita yang disiarkan . dari sehari ke sehari , aku belajar menonton cerita kanak-kanak tuh . then , bila pergi sekolah , aku cerita kad membe-membe .

how surprise am i . semua kawan aku pun layan cartoon yang aku tengok tuh . such as EL TIGRE , DANNY PHANTOM , KAPPA MIKEY , SPONGEBOB . tpi aku tak lah obses dengan cerita-cerita nieh seperti mana aku gila dengan watak-watak yang dicipta dalam DETECTIVE CONAN . as u can see , my email address also refer to their name . it prove in this ;

isya.sinichikudo@yahoo.com
sinichihattori@gmail.com

so ? how ? haha . betapa sukanya aku kad watak SINICHI KUDO ngan HEIJI HATTORI nieh . they perfect to me . tadi kan , sebenanya aku ada berangan kejap . hehe , nanti bila aku terperangkap dalam alam cinta , dan aku tersepit antara 2 jiwa . aku boleh lah anggap ' dia ' as SINICHI aku . haha , aku boleh lah minat dia mcam mana aku minat sinichi tuh . bila berbicara tentang cerita CONAN nieh , dah semestinya ia melibatkan anime . hmm , aku selalu bercerita mengenai bab nieh , dengan dua orang sahabat aku . actually diorng nie classmate aku . disebabkan mereka berjantinakan lelaki , dah semestinya masa mereka dihabiskan dengan duduk saja . ialah , kalau perempuan kan mungkin dihabiskan masanya dengan membaca , memasak .

berinteraksi dengan mereka , mungkin dapat melepaskan perasaan yang terbuku dihati , haha . ye lha , sebelum nie mana ada aku cerita kad BFF aku . memandangkan diorang tak tau papew pun pasal anime . so , bila dah jumpa yang sekepala dengan aku , aku rasa ohh , my gang ;)

hmm , mungkin cerita aku tergantung . tapi , aku dah tak da ayat nak tulis . sebok melayan AMIN yang dari tadi suruh aku main game MY SHOP kad FB . hmm , FASHION WORLD lha , NINJA SAGA lha , POOL lha , ZUMA lha . aihh , tak pa . aku suka games <3

p/s ; malam nieh aku ka yang kena text kau dulu BFF ? kita memang main gilir-gilir ikut turn kan ? haha semalam kau , hari nie aku , besok kau , lusa aku . aku paham ;) sayang korang yang baca <3

Thursday, 20 October 2011

U P M

assalamualaikum , salam sejahtera dan salam satu malaysia . terima kasih kepada blogger.com , yang dihormati para pembaca sekalian , para pengomen shoutbox yang arif lagi bijaksana , seterusnya para follower yang saya sayangi .. haha . aku saja nak mengada-ngada kejap ;)

TRIP YANG PALING SEMPOII habaq hang !
apa-apa ? trip apa ? ishh , pegi mana ? tak da , hari selasa lepas aku pergi UPM . bukan nak menuntut ilmu . tapi nak merasmikan konvokesyen tuh . aku kan bini PM . haa , kenapa ? ada papew tak kena ?
haha , kad UPM ada buat expo pertanian . macam-macam ada kad sana . jualan , belian . pokok-pokok , pastu ada orng yang dok promote bidang nie , bidang tuh . then ada pameran , ada permainan . tak kurang jugak boot cek kesihatan . semua aku pergi even aku tak berapa sihat hari tuhh .

tak sihat macam mana ? hmm , malam pada hari trip pergi UPM tuhh , aku dah macam nak nangis .. nak cari tempat luahan perasaan . tiba-tiba terlintas satu nama . haha , my BFF . dapat lha khidmat nasihat free . aku sakit perut tau . rasa macam ada orang tengah cucuk-cucuk perut aku dari dalam . dia bukan segugut . aku perempuan , aku tau lha ! and , dia berbunyi . bunyi cam bila lapar tuh . tapi dia lama sangat ! then , aku rasa loya . nak muntah . err , pagi tuh ABAH kata tak payah pergi sekolah . tapi , aku tetap pergi jugak . hmm , nak buat macam mana kan , trip macam nieh bukan selalu . setakat sakit yang mengda-ngada nak datang nieh , tolak tepi ja lha .

even tajuk entri nieh UPM , tapi rasanya untuk trip kali nie sara tak masuk kan gambar kod . sebab PEAH dah masukkan . so , tak kan nak masukkan kan ? hmm , untuk bercerita keseronokannya pun mungkin tak kod . sebab aku sedang berlawan dengan kesakitan aku waktu tuh .

sampai-sampai ja , cikgu bagi makan nasi ayam . haha , nasi ayam tuh pun kitorng yang request . first time nieh , anak murid mengoder kad cikgu nak makan apa . aku boleh telan macam biasa . cuma baru beberapa suap , aku dah rasa kenyang sangat ! padahal aku mana sarapan lagi . angin , angin .. then cikgu bagi instruction . dia kata , suka hati kamu nak pergi mana pun . 12 setengah tengah hari , datang sini balik . semasa berjalan , BFF semua sebok bergambar . trip kali nieh , hanya 2-3 keping ja gambar aku . tak da , kalau sebelum-sebelum nieh , penuh semua gambar yng d capture tuh , gambar aku .

jalan , jalan , jalan , ada yng beli itu . ada yang beli ini . hmm , aku ? aku beli penanda buku yang boleh selit kad dalam buku lah . tak kan kad dalam baju . haiiya ! penanda buku daun dan bunga di laminate tuhh , bapak cantikk ! dia tulis MALAYSIA . haha , negara aku ! hmm , then HAFEERA datang menempek .

FEERA : kau beli apa ?
AKU : penanda buku . cantikkan ?
FEERA : hmm , apa tuh ?
AKU : yang mana ? yang star tuhh ? kotak jew lha kod . asal ? kau nak belikan aku ?
FEERA : haa , sekali ngan penanda buku nieh lha . tapi , kau dah beli .
AKU : hmm , tak pa . kau bayar .

thenn , see ? she brought me birthday present . pastu FARADIYANA pulak dah .

FARA : kau beli apa sar ?
AKU : tak . FEERA kasi . hadiah . penanda buku dengan bekas kraftangan ..
FARA : ohh , hmm nah SARAH . aku kasi hadiah hari jadi kau . comel kan ?
AKU : haa ? oke-oke . thanks .

well , terima kasih banyak-banyak .

then , van TV3 lalu . uahh . semua bagi laluan macam PM lalu . yang kotorang nieh sebok dok intai sapa lha ada kad dalam tuh . haha . aku tak kenal pun semua tuh . then bila dah tawaf satu UPM ( jangan pecaya ) , aku nampak krew TV3 nieh buat rakaman untuk rancangan al-hidayah . haha , tengok lha . mana lah tau , nampak muka aku kad tv ? famous aku nanti . aku g cek kesihatan . tekanan darah rendah . doktor kata , salah satu faktor kurangnya air dalam badan . kan aku tak sihat ??

hmm , balik pada UPM tuhh , sebenarnya kena balik sekolah terus . kitorang pulak banyak cikadak " cikgu , jom pergi muzium . jom lha . jom lha . " ingad kan cikgu tak mau bawak . tup-tup sampai kad muzium . oke , muzium haiwan . ada haiwan ja lha . death punya ! yang di awet . masa pun berlalu , 1530 , kitorang singgah masjid PUTRAJAYA nak solat zohor sekali dengan asar . sementara menunggu asar , membe semua amik kesempatan ronda masjid . aku , FATIN ngan ALIA , just duduk kad tempat solat tuh tunggu waktu . sambil tuh , aku online . online FB lha . malas lha nak bergambar nieh .


p/s ; tak sangka entri blog aku nie ada yg follow dari satu kew satu . haha . terima kasih . aku ad peminat ? cewahh . sayangg korang yang baca <3<3

Saturday, 15 October 2011

pengisian sabtu

 three musketeers ;)
 kenalkan my sweetheart selain 
ROBERT PATTINSON ,
LEONARDO DI CAPRIO ,
JOHNY DEPP ,
perkenalkan
ORLANDO BLOOM ;)
( jatuh hati masa tengok cerita pirate . he act as william )
tuh dia . my LOGAN LERMAN .
hero Percy Jackson .
( rambot panjang tapi menawan *gatal )

keluar pukul 12 . ERMA datang rumah aku pukul 11 . sejam kau , dia duduk rumah aku . ayah AINA tak mai lagi . pergi tumpang AINA . balik pukul 8 malam . punya lama . haha , tengok cerita tuh pukul 1 sengah . sementara menunggu , kami masuk kedai POPULAR . singgah ja . tak beli pun . cuma AINA beli hadiah aku . even dah lepas , tapi aku appreciate . tengok punya banyak novel . aku sampai pening kepala mana satu nak pilih . jumpa anak cikgu NIK HASNAH . kak ngan ngan yang bongsu . kenai depa pasai cikgu selalu dok cerita .

mula-mula aku nak tengok The Thing . review cerita tuh kad TV macam best . sekali ERMA cadangkan satu filem yang dekad posternya ada gambar hero Percy Jackson . aku terus setuju tanpa sebarang bantahan . haha . bila hampir setengah jam cerita ditayangkan , baru aku perasan ORLANDO BLOOM berlakon . haha , tapi dia jadi jahat . smart sangat ceritanya . aku kasi 6/5 bintang ! haha ;)

masa beratur nak beli macD , jumpa dengan HUDA dan RAZI . haha , jumpa ! bukan TERjumpa . memang dia yang call aku tanya aku kad mana . pastu dia mai kad aku . masa nak balik ( actually lagi 2 jam sebelum balik ) , selisih dengan SYAFIQ . tuh pun dia yang panggil aku . kalau tak , mana aku perasan . haha ;) dia dengan kawan-kawannya yang aku tak kenali .

aku just beli cardigan yang half tuhh - RM19 . inner tudung yng keras uhh 2 . biru dengan orange - both RM15 . duit aku lesap ! haha . tiket ja - RM 14 . set macD - RM 10 . aduhh , haha . dorayaki , ERMA belanja .

 makan kacang . ERMA beli . bapak masinn lha ! habis air mineral aku telan sebab nak legakan tekak . haha ;)
 nie kad kerusi sebelah tempat mainan kanak-kanak tuh , yang masuk kena RM 8 tuhh . sederet dengan kedai-kedai makan .
saja tangkap . aku suruh ERMA cuci . then letak kad album yang aku bagi tuh . 

p/s : baru jalan-jalan nieh ! so , bila lagi nak buat ? aku onn ja ! *bila mak aku on* haha , penat lha .
okey , sayangg korang yang baca <3<3

Thursday, 13 October 2011

the beautiful day

assalamualaikum . ( saja mulakan sesuatu dengan salam )

hari nie ( khamis ) - 13/10/11 , aku ada buat makan-makan kad rumah . actually nak buat masa raya hari tuhh , tapi biasa lah . PMR kod ;)

ramai aku ajak . antara BFF yang datang : 3 ANGGERIK ( smk bandar baru sultan sulaiman ) ;
 FARRA , AZZIRA , NADZIRAH , ASYIKIN , SRIHAYANIS , ERMA , ELISA , ALIA , CHEN , AMIRAH , INTAN , FARADIYANA , ADILA , FAKHIRA , FATIN , RIF'AH , WANI , AINA , FARHANAH , HAFEERA , HAFIZ HAZIZAN , ASLAM , RHANJIT , AIMAN , HISYAM .
HUDA , AIDA ( smk pandamaran jaya ) , SYAFIQ , RAZI ( smk la salle ) , AFIQAH ( hisyamuddin sg betik )
cikgu ; CIKGU ROZIAH , CIKGU SHAHRIL , CIKGU HASRI , CIKGU HAKIM , CIKGU KAMIL , CIKGU HARDI , CIKGU ADIB .

antara yang aku ajak , tapi tak datang ; FATIHAH , HAFIZ FADHIL , SANGARALINGAM , VERNISA , BAVANI , IYZZAT ( classmate ) , EIZLAN , SYAFIQ , WAN ( smk meru ) , IZZUDIN , SHATIS ( smk abdul samad ) , HAZIM , HAFIZ ( smk dato hamzah ) , AISYAH ( smk rantau panjang ) HAFIDZUL ( smk seksyen 16 ) .
cikgu ; CIKGU NIK HASNAH , TEACHER RAZILA , CIKGU NORRIZAN , CIKGU SHAYUTI , CIKGU ZUBAIDAH .

hmm , even ramai yang aky ajak tak datang , majlis tetap berlangsung macam biasa . aku tetap akan rindukan hari nie .
ASYIKIN , sedap makan nasi daging mak aku . CIKGU SYAHRIL  yng terkejut gambarnya diambil secara senyap-senyap . beliau merupakan bekas guru kelas ganti yng mengganti tempat CIKGU ROZIAH dulu . sekarang mengajar SMK Kapar Indah kod . FARHANAH , tuan canon yang diorng pegang-pegang tuh .

BFF . ( duduk atas tikar ) ; PEAH , si gadis dengan muka tak senonohnya , haha , ADILA , AZZIRA si sopan , FARADIYANA *tengokdiaduduk dan FATIN yang baju hijau .
BFF lelaki yang datang . INTAN tengah ambil makanan , hujung sekali AIMAN , RHANJIT , ASLAM , HAFIZ HAZIZAN , SYAFIQ . itu adik FAKHIRA . nama apa tah ;)
sesi pengambaran . ADILA buat malu-malu kucing . "korang tangkap lha gambar , malas aku nak join . aku nak makan !" - AMIRAH (reka dialog sendiri) haha ;)

the CIKGUs .. haha . CIKGU HAKIM ngan CIKGU HASRI . tahun nie tahun ketiga mereka datng rumah aku . tipa-tiap tahun ajak mereka . CIKGU KAMIL baru dua kali . CIKGU HARDI ngan CIKGU ADIB , baru kali pertama . semua cikgu nieh , tak ngajar aku . cikgu aku tak nak datang ~
"bakal-bakal ibu' - ayat ELISA

FAKHIRA pakai baju kelas . cantikk apa ! tak da rupa AF (not stand for akademi fantasia) okey . 
 cantik gambar nie kalau buat frame ;)
mimik muka yng berbeza . gembira , menyampah , pelik . haha ;)
antara BFF aku yang mohon MRSM . good luck ;)
si FARA ngan AZZIRA paling banyak gambarnya . haha ;)
 cikgu-cikgu masa baru sampai . jemput masukk ;)
tak termasuk AIMAN !
guru dan anak murid !
korang tangkap gambar ngan SYAFIQ ! aku nak jugak . haha , tapi aku malas . disebabkan terlalu sibuk menguruskan majlis , aku sendiri tak mandi . haha , so , tak comel . untung lha korang lahir-lahir dah comel ~
aku suka tengok gambar nie . nampak macam korang tengah uat perbincangan besar . ala-ala study group . cantik ;)
laptop ERMA , si gadis baju merah .
dulu aku rapat dengan mereka . masa darjah 6 . tapi dah berpecah . SYAFIQ pindah SMK La Salle . tapi , korang tetap BFF aku .
 FARHANAH tutup mulut . FARRA sebelahnya .
CIKGU HAKIM sporting !
AZZIRA . ishh , FARHANAH pun menyebok . haha , kita dulu satu kelas kan ? SK Pelabuhan Utara ;)
RHANJIT ngan HISYAM menonton ja . tak tengok ASLAM khusyuk layan game aku . game bola ~
hadiah SYAFIQ . haha . aku tak minat DOMOKUN tuh lha . uwaa !
tapi tak pa , hadiah kau tetap ku hargai ;)
ADILA buat gimik ja . aku halau balik . haha ;)
actually aku tak nak korang balik .
AMIRAH , AINA , FATIN . pemohonan ke MRSM tingkatan 4 tahun 2012 . - Kubu Bharu . ujiannya - Kolej Mara Banting .
SYAZWANI datang naik moto ! dengan tak da lesennya . lalu highway . takod aku .
sayangg kau . sanggup jugak datang umah aku .
ada rupa ibu tak ? aku memang panggil FAKHIRA - ummi ;)
FARA , FARRA , SARA . kalau orang panggil salah satu dari tuh , semua pandang . ye lha , RA RA belakangnya .
kek batik . mummy buat . diorang semua berebut . SEDAPP ;)
situasi dimana semua berebut nak amik kek batik . haha , ALIA ngan ERMA bolot sampai 3 . haha , never mind ;)
muka peminat game , tah apa-apa diorng . haha , best game aku ?
sesi perkenalan antara guru kelas dan ibu kepada tuan rumah . haha , aku lha tuh .
sayang korang tiga orang . DON , DOBONG , SOPAN . haha . nama manja ;)

best douh hari nie . gila aku rindu lha moment tadi . ALLAH ! gambar HUDA , AIDA ngan RAZI tak da . ishh , bukan bererti aku lupa korang . haha . si HISYAM ada text aku , dia kata dia menyesal balik awal . kalau boleh dia nak lepak lama-lama lagi dengan semua . haha , aku akan rindukan hari nieh . "entah bila lagi kita boleh macam nie" - ayat HISYAM .

korang makan jugak nasi daging . kepada cik AINA yang banyak songeh tak makan daging , haha tak merasa lha kau kenikmatannya , SEDAPP ! ada bihun dan ada nasi impit . makan makan !

aku suka bila dengar korang bising-bising . kita bermesra dan bergurau *menyampahbacaayataku*. gelak-gelak , terpekik-pekik , haha . cikgu-cikgu pun sporting . sayangg korang sampai mati !

HUDA , RAZI dan AIDA senyap ja . mungkin tak ngam ngan budak sekolah aku . haha . muka budak pandai katakan ~ haha

FAEZ ajak membe yang aku tak kenal . hisshh , sorry tak layan korang , segan ~

p/s : tak tau nak cerita apa lagi . best sampai tak terkata . aku sampai rasa cam tak nak tidur . aku tak nak hari nieh berlalu . biar lah masa terhenti hari nieh . biar aku dapat spend time ngan korang aje . haha . ( ayat yng agak ketelaluan ) . ada tag beberapa blog . boleh tekan sendiri ;)
sayang korang yang baca <3

Monday, 10 October 2011

PMR ;)

4/10 - 10/10
PMR lha dear .
haha , dah habis dah . tak payah pikir-pikir lagi ..

aku nak cerita ragam aku masa jawab paper KHB .
(last paper , pukul 2.20 - 3.50 petang)

habis jawab paper math 2 tadi , aku acah cam KETUA berwibawa mintak slip peperiksaan ngan I/C membe-membe . haha , "sapa yang nak balik , balik cepat . kamu dah tak da masa nie" suara CIKGU ZUBAIDAH kedngaran . aku , FATIN dan FARADIYANA , kitorang g bilik kaunseling nak hantar semua-semua tuh , and than cikgu photostat nak pergi hantar MARA . nak mintak nombor pin . nak mohon MRSM kononnya .

balik seperti biasa cuma FATIN ikod sekali balik . katanya nak tumpang duduk kejap rumah aku . hmm , never mind laa , rumah aku memang macam rumah persinggahan dah . kami ? melambat-lambatkan masa , pukul 1 50 baru nak solat . huh , periksa 2.20 lah !!

then , FARA datang , panggil nak pergi sekolah cam biasa . pergi melenggang cam tak da papew . mengada ! haha , sampai sekolah , pelajar dah baca doa . alamak ! mampos aku , slip ngan I/C membe-membe kad bilik kaunseling nieh , lagi 10 minit , exam start . orang baca doa , hormat !

dengan kadar segera , bertemankan FATIN , kitorng lari ! lari kew ? haha , berjalan laju lah kiranya . pergi kena kaunseling jap . erhh , bukan . pergi bilik kaunseling ja . nak amik slip tuh ngan I/C . amik , ucap terima kasih . " erhh , jap ! saya nak tanda tangan kamu " ya ALLAH cikgu , lagi 5 minit ja nieh cikgu . kami pergi dulu . "haa , ye lha . tanda tangan kamu semua , saya reka ja lha .." terpulang ~

masuk dewan , semua dah duduk . alahai , kabut aku nie . aku ? BA121 K012 . barisan tengah . pengawas peperiksaan dah edarkan soalan dah pun , aku , FATIN , HAFIZ , RHANJIT sebok slip masing-masing . ERMA , AINA , AMIRAH aku pas belakang ja suruh kasi diorang . kurang pada 2 minit ja lagi . HAFFERA ngan ALIA , aku kasi FARA suruh bagi diorang . (FARA dok depan aku)

masa tuh lah , terasa betapa important nya masa . haha , menyesal tak berguna . tengok meja sebelah dah dapat kertas soalan . sedangkan aku belum . " aikk , pengawas nieh tak bagi aku jawab ka sebab kecoh tadi" macam nak nangis dah aku . rupanya pengawas tuh just kasi soalan perdagangan . aku ? KEMAHIRAN TEKNIKAL . 

alatan menulis aku ? pensel ? pemadam ? calculator ? aku suruh FARA bawakkan . dia dah letak atas meja aku siap-siap dah . sayangg kau . soalan nombor apa tah , dia tanya jenis lukisan . nak jawab D , tertanda C .. nak pakai pemadam , nak tanda . masa tuh belum tanda kad kertas OMR lagi lha . adoii , mana pemadam aku ? TAK ADA !!

ya ALLAH , hm , tak pa lha tak tanda agi kad kertas OMR . abaikan . soalan gambar elektronik . dia suruh namakan alat apa tuh . aku tanda perintang mula-mula . jawab soalan yang seterusnya , ada soalan menterjemahkan litar . gambar sama macam gambar alat elektronik tadi , so pergi kad soalan tuh , aku tukar jawapan aku jadi diod . dah sudah , pemadam tak da . macam mana nak padam nieh .

FAKHIRA ! memandangkan dia dok sebelah aku , haha . macam-macam cara aku cuba untuk tarik perhatian dia . adoii , tak pandang-pandang . kau sengaja ka apa . aku bukan nak meniru lah sayangg ! pandang lha aku . aku ketuk meja , goyang pensel , apa lagi aku buat ? haha , semata-mata , PEMADAM !

suddenly dia pandang jugak . tapi , 40 minit sebelum habis exam lha . "FAKHIRA , pinjam pemadam " buat gaya ja . mana boleh keluar bunyi . haha , dia buat kerja part time dia , kerat eraser tuh jadi dua bahagian . satu tuh nak kasi aku lha kiranya . macam mana pulak dia nak kasi nieh , cover dari pengawas depan , takod pengawas kad belakang pulak nampak . last-last dia baling jugak . kena kain aku yng meleret ke lantai tuh , melantun jatuh ke meja depan IYZZAT .

aihh , dah pulak . dia undurkan kerusi dia , ambil pemadam dan baling kad aku . haha , dah macam apa dah kitorang . papew pun thanks FAKHIRA .

aku siap jawab . masa ada lagi 30 minit . aku tak cek jawapan aku . just cek sama ada betul atau tak ja aku tanda kad OMR . hmm , nak buat apa err , masa banyak nieh . aku amik pembalut pembaris tuh , buat macam spek mata . kan dia transparent (tak tau eja ) . pastu dok berangan apa tah aku . haha , dreaming berdepan ngan FARID KAMIL kod .

p/s : rasa macam bukan cerita pasal PMR , tapi pengorbanan demi pemadam . haha ;)
sayang korang yang baca <3<3

Thursday, 6 October 2011

count down ~

satu
dua
tiga
empat
lima
enam
tujuh
lapan
sembilan
sepuluh
sebelas
duabelas
tigabelas
empatbelas
limabelas
enambelas
tujuhbelas
lapanbelas
sembilanbelas
duapuluh
duapuluhsatu
duapuluhdua
duapuluhtiga
duapuluhempat
duapuluhlima
duapuluhenam
duapuluhtujuh
duapuluhlapan
duapuluhsembilan
tigapuluh
tigapuluhsatu
tigapuluhdua
tigapuluhtiga
tigapuluhempat
tigapuluhlima
tigapuluhenam
tigapuluhtujuh
tigapuluhlapan
tigapuluhsembilan
empatpuluh
empatpuluhsatu
empatpuluhdua
empatpuluhtiga
empatpuluhempat
empatpuluhlima
empatpuluhenam
empatpuluhtujuh
empatpuluhlapan
empatpuluhsembilan
limapuluh
limapuluhsatu
limapuluhdua
limapuluhtiga
limapuluhempat
limapuluhlima
limapuluhenam
limapuluhtujuh
limapuluhlapan
limapuluhsembilan
enampuluh

*cukupsatuminit
*cukupsatu jam

p/s ; hargai lah masa .. saja tulis nieh sementara tunggu fara mandi . saja nak pergi sekolah walaupun hari cuti . haha . PMR tinggal math ngan KHB .. nanti sara tulis pasal PMR ..