Monday, 28 November 2011

awal muharram


*ilustrasi ciplak dari Google ;) 

okay , aku tau aku lambat . tapi , di kesempatan ini lha aku nak ucapkan
SALAM AWAL MUHARRAM

pada tahun baru ini ,
aku masih pegang azamku pada tahuntahun yang lalu .
azam dimana aku tak akan meninggalkan solatku 
sepertimana wajibnya seorang muslimah beragama islam .

kalau tahun yang sudah ,
aku nekad untuk melipat kali gandakan usahaku ,
oleh kerana aku akan menduduki sebuah peperiksaan besar
tapi untuk tahun ini ,
aku nekad untuk memperbaiki sahsiah diriku .

jadi , marilah kita berdoa bersamasama
agar segala niat yang ingin kita lakukan
demi memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik
di permudahkan oleh Allah S.W.T .
insyaAllah :)


p/s ; i'm in love with Determinate song by Lemonade Mouth <3

salam sayang dari sarasyauqinasukri
:*

Saturday, 26 November 2011

kempunan lah gamoknya !

hari yang sepatutnya aku isikan dengan perjumpaan dengan sahabatsahabat ku terbiar sepi . seminggu sebelum tibanya hari ini , macammacam yang ku bayangkan dan khayalkan . baju apa nak pakai , warna apa nak pakai , nak pakai tudung apa , nak lilit macam mana , nak bual apa ja . hm , exited nya aku . mana taknya , menonton film kegemaranku . TWILIGHT BREAKING DAWN .

hanya itu yang buat aku tak sabar menanti hari ini tiba . dari sebelum PMR lagi , start dari aku tengok trailer dia kad google . sifat romantic yang ditunjukkan dari watak EDWARD , kelembutan dari watak BELLA SWAN . dan kesungguhan watak JACOB . hari-hari aku kira berapa hari lagi twilight nak keluar . 18 November 2011 .

punya exited aku . pergi sekolah even dah nak periksa pun still bercerita tentang twilight . plan sapa nak ikod ,  bila nak pergi , then kitorang set hari nieh 26 Nov 2011 . hm , cuma bila dah nak dekatdekat tarikhnya nieh , baru aku tau tayangan TWILIGHT di Malaysia adalah pada 24 Nov 2011 . hm , tak kisah lah kan ? date yang kitorang nak pergi tuh pun , memang kena lha kan ?

seminggu sebelum hadirnya hari nieh ;
sorang-sorang cakap tak jadi pergi . one to another one . hm , sakit hati aku memang terasa , even aku tak tunjuk , tapi hm entah lha . perasaan nieh , tak semuanya kalau kita cerita , mereka akan paham sebab walaupun seseorang tuh pernah lalui apa yang kita lalui , tapi , dia tak kan paham apa yang kita rasa . then , aku jumpa lha beberapa orang yang memang boleh pergi . tapi akhirnya , planning nieh terbiar macam tuh ja .

kenapa ? sebab orang yang janji nak tumpangkan kitorang tak boleh bawak . maknya ada hal . hm , aku kesal ! bukan sebab maknya tak leyh hantar tapi sebab kenapa dia tak tanya awal-awal kat mak dia ? hm , hari selasa aku amik duit 100 aku ada tanya , ' kau dah tanya mak kau belum ? ' - tak yah risau . aku belum tanya lagi tapi mesti boleh punya . hm , suka hati kau lha kan , kau lebih kenal nak kau . hm , kan ? besok nak pergi , hari nieh baru dia cakap ngan mak dia . kan dah tak boleh . sebab ada hal .

kalau dia cakap kad mak dia awal dan mak dia bagi tau awalawal tak boleh sebab ada hal , tak da lha aku berharap sangat . dan tak lah aku usaha cari sapa nak follow sangat . hm , kenapa tak tukar date next week ja ? aku tak nak pisang berbuah dua kali . aku tak nak benda yang sama berlaku .

ada hikmah phone aku rosak , dah rosak , pinjam phone faten . bila habis battery , nak charge , charger pulak rosak and abah buang dalam tong sampah . apa hikmahnya , aku tak nak sorang pun cari aku . aku nak lari lah kod . hm , FB ? aku chaw kampung arr . kad kmpung tak da internet . so , aku tak payah lha nak sebok online FB aku .

aku malas lah nak berdepan ngan diorang . jangan tanya siapa lha . sebab memang kau lha orangnya coz , bukan seorang tapi semua . masing-masing menyakitkan hati . yang aku paling geram , BFF aku yang paling rapat ngan aku un bagi respond yang mengecewakan .

aku tau aku dah terlanjur kata . tapi ini hanya luahan perasaan aku . tau tak aku rasa apa ? aku rasa di permainkan kawan-kawan aku . dan aku rasa tak da sapa support aku . maaf kalau ada yang terasa .

bagi aku masa sepanjang cuti sekolah nieh untuk lupakan apa yang berlaku dan cuba lupakan kisah ini . aku akan cuba bukak buku baru bila sekolah start .

p/s ; aku menyampah betul cerita kelab upin dan ipin .

Wednesday, 23 November 2011

cell phone

apaapa pun , mukadimah untuk entry nieh kena ada . hm , ASSALAMUALAIKUM :)
( cukup lah salam ja )

bila time cuticuti nieh , rasa bosan mula lah datang bertubi-tubi . haha , and sekarang bila aku dah menghadap komputer dan semangat nak berblogging dah menggunung tinggi , tapi idea aku kosong . aku tak tau apa yang aku nak muntahkan kad sini .

mungkin , aku boleh share something . here , aku punya phone sudah rosak ! tak boleh on langsung ! hm , bila dah rosak , means aku dah tak berkepit lah ngan phone aku . bila dah rosak tuh , mula lah aku nak heboh kad FB aku ( click sini ) . pikir punya pikir punya pikir , aku tak tau nak tulis apa kad status tuh . so , bila dah dapat idea tuh , aku tulis lha ----->


haha , yang mengelike nya sikit ja . nieh real one tau , bukan edit . aku bukan lha budah HOT ! so , tak da lha pengelike sampai ratusratus . sini aku nak kongsikan pendapat diorang tentang phone .



sebenarnya banyak lagi . tapi aku amik yang reply panjang-panjang ja . hm , yang jadi berjela-jela statusnya tuh sebab main reply-reply lha .. haha . hm , tengok ! ada lha aku dapat feedback dari membe FB . so , ramai yang kata phone sangat penting zaman sekarang . ia dah seperti satu keperluan asasi dah pada abad nieh . hm , kalau ikutkan keperluan seorang manusia hanya lah ;

- makanan
- minuman
- pakaian
- tempat tinggal

phone tuh cuma kehendak ja untuk mempamerkan kemewahan .  hm , mungkin yew . tak semua orang yang pakai phone itu dia kaya . sebab seorang pelajar darjah satu pun tak mustahil memiliki sebuah kan ? 

phone banyak function nya kan ? cumaa conclusion untuk cerita aku yang panjang lebar nieh , aku just nak cakap PHONE AKU DAH ROSAK ! aku just mengharapkan simpati sang BFF ja . - FATIN . dia rela hati nak bagi pinjam satu . ya lah , phonenya ada sampai 3 . kok ya pun ada pakwe , satu jew dah lha ten oii . haha , tak pa . berguna pada aku time-time nieh .

p/s ; hari nieh 24 ? arghhhh ! TWILIGHT dah keluar . ouhh my sweeties .. wait for me ya my ROBERT PATTINSON :)



Sunday, 20 November 2011

cuti SPM


nampak kad belakang gambar tu dia tulis apa ? SELAMAT DATANG KE WET WORLD .

actually nie gambar masa dah nak balik . sebenarnya kan , gambar kad atas nieh ada muka aku . aku duduk hujung sekali , tak join diorang . masa nak masukkan , aku crop . saja tak nak tunjuk muka .

so , berkenaan dengan tajuk entry dengan apa yang aku nak tulis nie , memang ada kena mengena lah kan ? kitorang semua sebelas orang pergi pada 15 November 2011 . hm , apa yang menariknya disitu , tak da apa lha selain tempat untuk bermandi manda . tuh yang aku shout kat shoutbox korang semua exited nak g mandi tuh .

sebenarnya aku dah tak tau nak cerita apa . disebabkan masa aku tulis nieh pun dah 21/11 . so , hari itu dah lama berlalu . jadi , biarlah ia menjadi satu kenangan abadi dalam ingatan aku ja lha . nieh , aku bermurah hati nak share gambar aku ngan FARA ( click sini ) .


haha , disebabkan gambar nie senonoh sikit lha , so aku masukkan . haha , aku tak lha selawa membe-membe aku . haha , aku yang mana ? tuh yang pakai tudung tuh . actually masa mandi aku free hair . cuma bila FARA panggil bergambar dengan nya baru aku sarung tudung aku . tuh lah sebabnya gambar dalam air yang mula-mula FARA tangkap aku tak da . termasuk lah yang ini ------>


see , aku tak dak kan ? masa nieh aku ada kad atas dah sesi menjamu selera . haha , yang pakai tudung tuh . AZZIRA ( click sini )

hm , sebenarnya banyak lagi gambar . semua nieh aku curi kad FB FARA ( click sini ) . dan , aku malas nak save as satu-satu gambar and post kan kad sini . so , aku buat .......


haa , ini lha kalau dah pemalas tuh . haha , so , aku print screen ja . sebenarnya gmbarnya ada 136 . termasuk gambar kitorang sebelum sampai , kad McD , waktu balik , dan dalam kereta . tapi , aku kasi tengok yang nieh ja . nak tengok lelebih ? tak payah lha . aku tak lawa ! aku saja tak crop . biar nampak sikit aku print screen dari FB dan bukannya edit .

p/s ; cuti nie nak buat apa ? bagi idea !

Thursday, 10 November 2011

P A S C A P M R

PASCA - aku tak tau apa maksud dia . lantak lah ! tapi aku tau apa bendanya . haha , dia nie lebih kurang macam program yang dijalankan tiap-tiap tahun bagi budak tingkatan 3 sebaik sahaja diorang habis PMR . macam aku . kan ? hm , macam-macam lah aktivitinya . guruguru counselling yang handle . tapi , tiaptiap hari ada panitia masingmasing yang anjurkan sesuatu pertandingan . ( kalau tak paham , buatbuat paham ja )

so , yang buat aku terlintas nak bercerita nieh , sebab majlis penutupannya akan berlangsung besok . actually hari nieh . tapi , aku tak tau kenapa , ia ditunda besok . apa yang important sangat majlis penutupan nieh untuk aku sebab aku yang kena handle majlisnya . means , macam MC . aku pun tak tau apa tuhh . tapi , semua orang asyik sebut tuh ja . aku tak tau aku taip tuh betul ka tak . sebab , macam tuh lah pun yang aku dengar . macam , pengacara lha .

kenapa aku ?
hm , bukan aku yang tawar kan diri aku . macam biasa , kalau cikgu dah mintak sapa yang rela hati nak jadi pengacara nieh , mesti lah aku tunduk muka aku tak nak bagi cikgu pilih aku . kalau boleh nak bawak sorok muka masuk dalam kain nieh . haha , tapi nak buat macam mana kan ? semua dah tau aku nieh macam mana . yakin , berani , hebat , smart ( aku puji diri sendiri err ? haha ) . so , semua BFF vote nama aku . so , cikgu terus bagi aku job tuh .

actually kan , cikgu main petik ja nama aku . nieh disebabkan beberapa hari sebelum tuh masa ada pembentangan kumpulan , aku yang rela hati nak present kad depan . so , mungkin cikgu nampak aku yang paling best kod . so , cerita yang kawan aku vote aku tuhh , hanya rekaan semata mata lha .

sebagai seorang yang penting untuk majlis nieh , so aku dah tau lah sapa pemenang nya . for my group , aku just menang 2 pertandingan dari panitia agama dan 1 pertandingan dari panitia english . sains , math , geografi , sejarah , kemahiran hidup , semua tuh aku tak menang disebabkan aku tak datang dan aku tak da kad sekolah . pertandingan bola jaring , aku nombor 4 . so , tak dapat lah hadiahnya . tapi tak pa , asalkan ada wakil 3A yang menang - RIVERA ( nama keluarga el tigre ) . kumpulan aku nama LILYMU ( nama kumpulan cerita kappa mikey ) .

so , tak surprise lah kan ? tapi , tak pa . haha , yang lagi best , hadiah apa pun aku tau . mana taknya , aku jugak yang balut hadiah . hmm , FARA , AMIRAH , AIMAN menang pelajar kehadiran penuh . aku rasa lah kan , untuk anugerah nieh , AKU , ERMA , HAFEERA pun boleh menang . tapi , kitorang ponteng dalam hari yang sama . hari selepas kitorang pergi UPM tuhh . sekali tuh je arr kitorang ponteng . kan dah tak dapat hadiah . haha :D

but , kenapa aku tak gugup erhh ? hm , confident gila arr . arr , lantak aku . tengok , besok sampai sejuksejuk tangan dia . haha *mengata diri sendiri*

p/s ; ngantuk pulak petangpetang nieh . hm , cepat lah masa berlalu , aku tak sabar nak tunggu 15/11 nie . kenapa ? ada apa ? haha , ceritanya akan menyusul kemudian . dahh ! aku nak sambung tengok kappa mickey . erh , buku ujang PEAH tak baca lagi ~

Saturday, 5 November 2011

aidul adha


*gambar cartoon ciplak dari google image
whole gambar nie , edit kad photo scape .
pandai pulak aku edit  :P

haha , kepada yang balik kampung ,
hati hati di jalan raya .
kalau yang macam sara , tak balik kampung ,
duduk rumah ja lah kan ?

HARI RAYA KORBAN .
kita nak korban sapa nieh ?
haha , jom g tengok korban !
even , sara malas nak g tengok ,
saja tulis nak suruh korang pergi .
lepas tuh , balik ja , mai lah cita kad sara .
teringin pulak nak meyembelih .
haha , ayam pun tak pernah , apa lagi lembu .

haha :D

p/s : ucapan selepas pukul 12 . dah masuk hari raya dah lah kiranya kan ? hmm , apa lah yang jadi kad kampung sana tuh . tak sabar tunggu 15/11 . haha , jom jom ;)

sayangg korang yang baca

Thursday, 3 November 2011

cinta VS love

rasanya untuk tajuk nieh , aku kurang arif . aku baru limabelas dan ingin berkata tentang isu si DEWASA . cehh *tibatiba teringat satu masa dulu makna bagi perkataan CEHHH . hm , aku pernah laluinya . cuma bukan seperti yang kad dalam tv tuh . tak da lah sampai rela berkorban jiwa dan raga demi KEKASIH . yang sanggup bagi apa ajew pakwenya mintak . tak jugak lah macam yang selalu dating kad kedai makan . I tatap U , U tatap I . bukan !!

cinta aku hanya berhubungan menggunakan gadget dan teknologi . text using the phone . call using the phone . chat using the internet . just that . no dating ! ini adalah disebabkan aku nieh seorang penyegan untuk berjumpa face to face . dan aku tak nak menghampiri zina ( ayat macam aku nieh ustazah pulak ) . ye lha , setiap yang berdua mesti ada yang ketiga kan ? am i right ? dan disebabkan tak da transport . aku mana ada lesen . bas ? hmm , tak mau aku ! dan alasan yang paling kukuh ! hati aku ! hati aku sendiri tak nak pergi jumpa .

nak buat apa jumpa kan ? membe aku sekarang ada jugak lah yang balik sekali ngan pakwenya . kadang keluar pagar sekolah ja , nampak lah pasangan dua sejoli berpakaian uniform sekolah , dating kad bawah pokok . kadang aku pikir , apa yang diorang cakap err ? haha . buat setakat nieh , aku tak pernah lagi . dan aku rasa pun , aku tak nak try zaman persekolahan nieh . hm , biarlah yang pertama itu dating dengan orang yang betul-betul aku sayangg ;)

aku pernah merasai rasanya . cukup lah dengan dua insan bernama lelaki . hm , aku pernah cakap direct depan BFF aku - FARA ( tak tau lah dia ingad lagi ka tak ) " aku tak nak bercouple lagi dah sampai lah aku jumpa orang yang conform conform jadi laki aku . cukup lah dua kali . " aku tak nak lah laki aku nanti jadi seorang lelaki yang ke 13 yang aku sayang . haha , BFF kelas aku semua dah tau aku nieh kuat berangan dan suka pasang impian yang tah apa apa .

sejak wujudnya zaman teknologi nieh , banyak lah orang yang gatal nak berkenalan dengan aku . ada yang aku layan dengan baik , ada yang tak , dan ada yang aku ignore . bila perkenalan itu menjadi baik , mesti lah orang tuh dah di naik tarafkan sebagai BFF aku ! ada lah dua tiga orang yang rapat dengan aku yang asalnya hanya berkenalan dalam dunia maya . yang aku layan nak tak nak and yang aku ignore tuh selalunya yang tak pandai langsung nak curi hati aku . means , bila bersembang asyik dengan soalan yang sama . bosan ~

couple is complicated . kita terpaksa jaga hati dia 24 hours . masa zaman aku bercinta dulu , perwatakan aku berbeza . BFF aku tegur kau makin cepat sensitif sekarang . kau pun dah macam jauh dari kitorang . nak bawak bergurau pun tak boleh . kau dah cepat marah . haa , itu zaman aku couple dulu lah . alah , awal tahun hari tuh . last aku jadi kepunyaan orang bulan march . pastu single sampai sekarang . dan kalau ada sesiapa yang menghulurkan salam percintaan , aku tolak dan aku beri salam persahabatan . haha , aku memang perasan macam aku nieh digilai ramai . menyampah betul aku bila baca balik .

haa , tak da lah . kan sekarang kita hidup dalam zaman teknologi . so , hampir semua orang yang ada kat muka bumi nieh ada FB . so , friend aku mesti lah ramai . ada lah jugak 1504 . sejak lepas PMR , sorang manusia pun aku tak add lagi . orang ja dok add aku . hm , friend aku mesti lah ada yang perempuan , ada yang laki . dah aku perempuan , takkan lah perempuan nak berinteraksi dengan aku melainkan BFF aku . mesti lah laki kan ? kadang tuh tak da apaapa dah mintak number phone . dan ada jugak yang masih tak kenal aku sapa , baru kenal tak sampai setengah jam dah hulurkan salam percintaan . ergghh ~

hm , apa pun kepada lelaki yang dikenali atau pun yang belum aku kenal . aku lebih suka korang jadi BFF dari BF , sebabnya , friend akan kekal selamanya . tapi boyfriend , akan tinggalkan aku bila dah break . dan kepada perempuan yang aku kenali dan aku tak kenali , jangan dok pikir aku nak ngorat pakwe kau macam aku nieh desperate sangat nak berlaki sebab aku tak interest pun ngan pakwe kau ! perhubungan yang terjalin hanya BFF dan bukannya BF .

p/s ; sakitnya hati bila ditipu . aku tak pandai menipu dan tak suka penipu . tak tau pulak aku sedang berhadapan dengan si penipu . rupanya semua ceritanya hanyalah sebuah pernipuan . aku hanya mampu sabar dan cuba mengiyakan katanya tanpa mempercaya sepatah pun yang diperkatanya . aku tak suka merajuk-rajuk dan diminta dipujuk . karang ada pulak yang kata aku mengadangada lah gedik lah . hm , tak paham manusia sekarang .

sayangg korang yang baca