Thursday, 20 December 2012

pengisian cuti

assalamualaikum :)

cuti dahh nak habis . dan aku ?
semakin malas
makan
tidur
online
tv
makan
tidur
online
tv

sooooo , KCT ?
haha . aku takut dalam masa yng sama aku malas :P

Monday, 10 December 2012

friendship :)

Assalamualaikum .

aku sedang lalui hari-hari yang sukar minggu nie .
aku pun tak paham , manja nya aku .
hanya dengan online aku boleh terasa itu ini .

HAHA . now , i'm laughing like crazy .
what's wrong with me ?
kurang kasih sayang betul . hehe

aku terasa dengan kawan yang aku panggil BFF .
yew . semuanya BFF .
tapi aku lha yang anggap semua tuh BFF .
tapi diorang ? haha .. lawak betul !

hoii , mental kew apa aku nie ?
hm , mungkin kot .
so , mehh cepat hantar aku kat hospital gila .
GILA !

serious nak tergelak dengan ayat sendiri . hehe ,
mana ada orang gila online and mengaku .
tapi , sungguh lha . kebosanan waktu cuti nie betul-betul buat aku gila .
gila FB , twitter , youtube , movies , tv ..
gila lha tuhh kan ?

and , dengan kegilaan aku online tuhh lha banyak menyakitkan hati , jiwa dan raga aku .
whatt ? haha , misunderstanding maybe .
okey , aku bagi tau yee , mood aku baik nie
mula2 sekali .. aku terasa ngan kawan yang aku anggap BFF tapi dia anggap aku just a friend .
dia cakap ' what a best moments we had though before ' and tagged her classmate .
without my name !
ouhh , just a simple thing right ?
but such a big impact !
aku dilupakan . mungkin ?
ye ! aku ngaku . sejak pindah dan jauh dari diorang , aku dapat bezakan sapa KAWAN , sapa SAHABAT .
yeahhh .. want a proof ?
aku tulis nie 2 December . dan aku tujukan kat diorang . 
hm , biarlahkan . orang dah bahagia . malas aku nak masuk campur . hmm ..
and i'm happy . HAHA . really happy ?

okey then , who's next ?
kawan sekolah baru .
BARU ? dah setahun dah . baru lagi ? hehe
banyak lha aku terasa .
i am try to communicate .
post dekat group . and yng ada seen by . no likes . no comment . WHAT THE ?!
haha , bodohnya aku . baru aku sedar . selama nie aku yang yeyew taknak 4Zamrud berpecah .
rupanya diorang sangat menantikan saat tuh .
haha , sarah sarahh .
pahal lha kau tak sedar sedar lagi
hmm ,

then , chat or notification or mention on twitter .
bila aku try meramahkan diri untuk yaaa , comment ke , mention ke , chat ke tanya khabar (mostly aku takkan tanya APA KHABAR lhaa)
balas nak tak nak . tuh okey lagi kot dari yng ignore terus .
bukan sorang !
bukan dua orang !
haha .
lawak betul permainan dunia

bila semua nie jadi , aku rasa diorang pikir aku sangat annoyed so diorang mlas nak berinteraksi dengan aku . so , aku update lagi .. hehe ..
see ? hm sarah sarahh
bodohnya kau
haha ..
terlalu berharap dan bergantung pada seseorang yang bernama sahabat . tapi , diorang langsung tak pernah anggap aku sahabat . just KAWAN . haha . happy what !
time bosan tau pulak suruh aku cerita . i'm a good story teller right :)
time ada masalah tau pulak sebut nama aku .
time nak mintak tolong baru nampak aku .
time sunyi baru lah nak perasan aku .
selama nie ? aku depan mata pun tak peduli dahh .
okeyy , that so funny !


thanks Syu . dengar semua cerita aku . hehe , you are my BEST FRIEND . today and forever . kau jangan jadi yng macam atas-atas nie sudah .
okey , i'm happy to have a conversation with syu , wani , amira , nurina , fireen , irfan , ilman , mus , zahir .
senarai kawan KUSESS lhaa .
kawan BBSS ? hmm , fara , erma , fatin , alia , nana , hafeera , chenchen , elisa , vernisa , aiman , faqih , hafiz , hafiz , aslam , fakhira , amirah . tuh je kod .
yang lain aku tak bertegur pun dyorang cuti nie . peah ngan intan teknik melaka . aina dah bahagia ngan kawan teknik sepang dia . wani pun sama ngan MRSM dia . amira dah pindahh :(
dah tak leyh jumpa .
tapi , in sha Allah satu hari nanti .

okeyy lha .. nak balik kampung .
Allah sayangkan aku . Dia dah aturkan semuanya . time aku tengah rasa macam nak lari dari semua nie , parents ajak balik kmpung
okey what . aku dah tak boleh online seminggu .
so , aku takkan nampak muka-muka yng menyakitkan hati aku online , update status , tweet or what ever .
hmm , phone pun nyawa-nyawa ikan .
so , kalau diorang rasa betul-betul perlukan aku , diorang mesti text aku kann ?
bohong lah kalau aku kata nak off phone.
sebab aku pernah try . tak sampai 2 jam , aku on balik . GILA !
haha . hm , tapi kan phone aku kan rosak , so , mungkin boleh guna atau tak .
alah aku dah ada depan mata tak diperlukan . apa lagi kalau tak da , LUPA TERUS lhaa . apa lagi ?

haha . so , itu jew kot . sebenarnya aku dah ada idea nak tulis cerpen . tapi , tak pe lhaa . nantinanti ..
ohhh sarahh ! bila nak start study ?
tak mula lagi niee !!
KCT pun ke laut
hehe .
okey , love you .

thanks sebab baca !
TERIMA KASIH ALLAH :)

Wednesday, 28 November 2012

rumusan setakat nie

assalamualaikum .




salah apa ?
bagi tau lhaa !
kau diam ,
aku nak tau macam mana ?

kita ketawa .
lama tak jumpa .
cerita itu ini .
bukak semua kisah .
yang tak tau dari mana mula .

sendiri .
tak buat apa-apa .
tunggu bulan jatuh ?

bosan .
tunggu orang datang ,
jemput keluar .
bersiar-siar .

#baget ZAHIRIL ADZIM . haha :)

Sunday, 25 November 2012

hope soo

ASSALAMUALAIKUM :)




YA Allah , hebat betul dugan-dugaan zaman sekarang nie .. haha
just imagine , aku dah siap list kan dah hari nie belajar apa , esok belajar apa , lusa belajar apa ..
tapi satu pun ta menjadi .
bangun dah pukul berapa , 
FB lagi , TV lagi , TIDURR ?

aku rasa malas sangat . 
tapi aku nak study .
faham takk ?
tahun depan aku SPM !!
apa guna sijil UPSR aku yang A dari atas sampai bawah ?
apa guna sijil PMR aku yang berderet A nya ?
kalau sijil SPM aku nanti ada huruf lain selain A ?
AKU TAK NAKKK !!

how to be ?
how to do ?

if only i create my feature .
i want to get married with a rich man so i will be rich too .
and i will be live with my husband happily ever after like in a fairy tales story .
but now , i do not know !
how come if my fate is with a man who don't have anything ?
how come if my fate is to be widow or been divorce earlier ?
macam mana aku nak teruskan hari-hari aku ?
membesarkan anak-anak tanpa duit ?
hidup dengan caci dan hinaan orang ?
merempat dan mengharap simpati dan ihsan orang ?
SUMPAH tak nak !!

aku nak study !
aku nak belajar !
aku nak pandai !
aku nak berjaya !
aku nak kaya !

supaya nanti aku boleh tolong parents aku .
aku boleh biar mereka hidup goyang kaki pada waktu usia mereka semakin lanjut .
aku nak mereka rasa indahnya hidup nie !

tak sabar rasanya tunggu saat bila parents aku hantar kew IPTA .
saat aku rindu nak rasa masakan mummy .
saat aku dapat ijazah .
dan mummy dan abah bangga dapat anak macam aku .
i will make sure that things happen !
IN SHA ALLAH !

tapi sapa boleh lawan takdir ?
KUN FAYA KUN !
sebagai umat islam , kita kena percaya pada qada dan qadar kan ?
tapi ?
adakah kita patut duduk dan harap takdir terjadi ?
takk !
tuh bukan konsep dalam islam !
kita patut bangun dan cuba mengubah takdir !
kann ?

maaf kalau lantang berbicara :)
love you .

TERIMA KASIH ALLAH :)

untitle ;)

ASSALAMUALAIKUM :)

sapa yang terbaca ( sebab mostly korang takkan baca kalau mai blog nie pun )
saya sudah duatahun berblog . dan hampir menjangkau tiga .
tapi sejak masuk asrama dan SHOUTBOX pun tak boleh guna
so , aku menyepikan diri and memBUSYkan diri ..
haha
okey , today aku serious rindu Blog . hm , lama tak ziarah blog-blog orang .
yang paling aku rindu , RASANYA lhaa ,
miss to tulis panjangpanjangpanjang ..

happy holiday :)

Friday, 23 November 2012

pengisian cuti sekolah :)




US . 
not stand for United State but FRIEND .
i still remember macam mana aku rindu kawan-kawan sekolah lama masa baru-baru pindah sini (KUSESS) . tapi sekarang , it really means for me . 
yes , i meant it !


the picture ?
FAMILY PICTURE ?
haha .. they said muka aku muka anak bongsu .
means , muka yang penuh mengada-ngada ..
haha . tangkap pukul 3 pagi nieh weii .
siapkan kerja PARADIGMA . 
but , why just us ?
sebab kitorang yang baik hati nak siapkan kerja semua orang .
form 4 baru kan ?
i still remember a sentence that a form 5 had told me ;
4ZAMRUD selalunya akan jadi kuli sekolah .
now , we are .. sabar je lha ..
key lha , nak balik . 
daa ~

Thursday, 15 November 2012

rindu kodd :)

assalamualaikum :)

jam sudah menunjukkan anka 11 tapi aku masih berselubung dengan pijamas . haha ..
hyee blog :)
how i miss you .
cuti dah mula . actually dah lama dah mula . cuma aku yang malas sangat nak buat apa-apa termasuklah menaip panjang berjela . cuma waktu nie aku tengah bosan tahap apa ja . so bukak blog .

apa yang aku rasa macam nak tulis sangat , sebab terlintas mengenai satu isu nieh , adakah ia penting ? hmm , TWITTER :)

aku tak da . dan langsung tak da keinginan untuk ada . tapi , walaupun aku takda , aku selalu bukak laman tuh untuk stalk tweet kawan-kawan aku . reason ? nak spot check , sama ada diorang ngumpat aku ka ? hmm , okay lha . tetiba rasa nak blogwalking . lama nya tinggalkan zaman tuhh :)

Saturday, 6 October 2012

pictures only

assalamualaikum :)

kawan baru ? selalu cerita . tapi tak da gambar .. jomm , tengok nie
















sorry if ada repeating picture . tengah sebok belajar sejarah guna skype dengan Qardawi and Mimi ..
haha , sekarang dah hujung tahun , aku akan rindu mereka . AKAN ........


loving them , BFF <3
terima kasih Allah :)




Thursday, 30 August 2012

( II )

"Nana , kau rasa patutka aku teruskan perkahwinan nieh ? Aku takut ini bukan jodoh aku yang tepat . Aku risau kalau dia tak boleh terima aku . Atau , terpaksa kahwin dengan aku . "

"Khi , kau dah pun buat solat istikharah kan ? Kau sendiri yang cakap Farid muncul dalam mimpi kau . So , dia memang jodoh kau ! "

"Tapi , Dila .... "

"Kau abaikan jew Dila tuhh . Kalau kita asyik nak fikirkan hati orang lain , sampai bila kita nak bahagia ? Hm , kau kata , kau takut sama ada Farid terima kau kerana paksaan atau redha jodohnya dengan kau kan ? Aku ada idea .. "

"Apa ? .... "

-------------------------------------

" Pengantin laki dah sampai " bisik ibuku di telinga . Aku menggennggam erat tangan nya . Berkongsi rasa gemuruh dan sayu di hati . Tiba-tiba cadangan Nana di bilik tadi kembali segar bermain di minda .

"Ummi , Khi nak jumpa Farid kejap "

"Kamu nak buat apa nak ? "

"Khi nak kenal dengan dia dulusebelum teruskan "

"Kamu kata hari tu , biarlah kamu kenal lepas nikah "

"Khi takut . Khi takut kalau dia tak boleh terima Khi nanti "

"Kamu nak buat apa ? "


----------------------------------------

Ayahku menepuk lembut bahu Farid . Farid segera menoleh lalu menyalam hormat bakal mertuanya . Segaris senyuman dihadiahkan kepada bakal menantunya . "Jaga anak pakcik baik-baik . Pakcik tau , kamu berdua tak pernah saling kenal dan tak pernah bersua muka . Tapi , pakcik harap sangat kamu boleh terima segala keburukan dan kelemahan Fakhira . Jaga amanat kamu sebaik mungkin . "

"Insya-Allah pakcik ! "

"Pergilah kat depan taman tuh kejap sementara tunggu Tok Kadi . Tenangkan dulu darah gemuruh tuhh . Fakhira nak jumpa kamu . Pergilah ... "

-----------------------------------------

"Assalamualaikum . " Arh ! Aku terpaku . Terus terhenti aktiviti termenungku di taman mini rumahku itu .

"Waalaikumussalam ! " Aku terpana . Saat ku toleh , dia sedang tersenyum mengghadap ku . Lalu ke jatuhkan pandangan . Khuatir dia perasaan akan kegelisahan hati .

"Subahanallah . Indahnya ciptaan Illahi . Ada apa Fakhira nak jumpa saya ?"

Muka ku merona merah . Walau pujian itu sering ku dengari oleh sahabat-sahabatku , namun saat terdengan dia memuji anugerah yang dikurniakan Allah kepada ku ini , dapat ku rasa satu perasaan aneh yang menyinap masuk ke dalam jiwa . Adakah aku sudah bisa menerimanya ? Adakah aku sudah bisa menggantikannya di tempat Raimi di hati ku ini ?

"Saya cuma nakkan kepastian . Adakah awak betul-betul sudi terima saya . "

" Insya-Allah Fakhira . Dari apa yang saya dengar waktu ibu awak memperkenalkan awak dihadapan keluarga saya , saya sudah mula rasa awak adalah jodoh yang tepat untuk saya "

"Hanya dengan cerita ibu saya ? "

"Saya terima kerana Allah sudah menentukan awak jodoh saya . Saya terima awak seadanya . "

"Walaupun selepas awak dapat tahu yang saya sebenarnya takkan dapat hidup lama ? "

"Apa , apa maksud awak ? "

"Saya ada kanser pankal rahim . Saya tak boleh mengandung dan melahirkan zuriat ! Saya dah jalankan rawatan kemoterapi dan awak mesti faham kan apa kesannya "

"Awak tak tipu saya kan Fakhira ! "

"Terpulanglah pada awak untuk percayakannya . Saya terima apa jua keputusan awak . Saya faham , susah untuk terima saya yang serba kekurangan ni . Doktor sahkan , saya mungkin takkan hidup lama . Doktor ramalkan saya mungkin dapat lihat dunia sampai tahun depan ja ."

"Tapikan Fakhira dah buat rawatan ? "

"Ye ! Tapi , kuasa Allah kita tak boleh nak lawan . "

"Tak pa , saya boleh terima "

"Saya cuma nak pesan , apa yang awak tengok saya dari luaran , tak sama dari segi dalaman . Mungkin cantik rupa saya , tapi tak mungkin cantik keseluruhannya "

"Maksud awak ? "

"Awak paham maksud saya . Saya faham . Apa yang saya nak kata , cerita kita tamat disini saja . Jangan cerita pada sesiapa tentang saya . Tolong jaga aib saya . Assalamualaikum . "


------------------------------------


sambung lain kali yew . haha :) salam 31 Ogos :)

Friday, 24 August 2012

first of all

Hatiku berdegup kencang. Turun naik nafasku menahan rasa. Manik-manik peluh sudah mulai menitik ...

"Ketawa bersama , menangis bersama , ku bersumpah harap kita mati pun bersama ......"


"Khi ,angkatlah phone tuhh. Kesian dia "


Sepintas lalu ku toleh telefon yang berdering. Menjerit-jerit meminta dijawab. Serangkap bait lagu nyanyian Black , pemenang sebuah pertandingan realiti . 


"Hello? "


"Fakhira! Mana kau pergi? Dari tadi aku cuba call kau , tak dapat-dapat .."


"Aku , aku ...."


"Kau nak teruskan jugak perkhawinan nie? kau sanggup duakan Raimi? "


"Habis tu , kau harap aku hidup dalam air mata dan setia disisi kubur Raimi? Aku perempuan Dila. Aku pun inginkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Aku tak pernah menduakan Raimi . Dia masih segar dalam ingatan aku Dila . Kalau kau pikir aku dah lupakan dia, kau silap Dila , kau silap. "


"Dengan perkahwinan nie kau berharap aku akan fikir yang kau masih setia ?"


"Kau sebenarnya nak apa ?! " 


"Batalkannya !"


Air mataku menitis lagi. Teganya seorang sahabat melihat sahabatnya menderita . 


"Takkan ! Aku akan tetap teruskannya . Ini kehendak orang tua aku . Takkan aku sanggup kecewakan mereka ? Apa tujuan kau sebenarnya Dila ? Apa ? " jeritku yang masih dalam sisa tangisan . Nana mengusap belakangku pelahan-lahan . Cuba untuk meredakan tangisan . aku menggenggam erat tangannya . Memberi isyarat aku mulai tenang .


"Aku tak sanggup tengok Raimi diduakan ! Kami berkawan sejak kecil , dan membesar bersama dari kecil ! Aku sayangkan dia ...... "


"Aku pun sayangkan dia ! "


"Bohong ! Kalau kau cintakan dia , kau takkan kahwin dengan lelaki lain ! Lelaki yang kau sendiri tak kenal budi pekertinya ! Kau langsung tak pernah cintakan dia macam mana aku cintakan dia ... "


"Apa kau cakap nieh ? Aku tak paham .. "


"Aku cintakan Raimi . Tapi Raimi pilih kau ! Aku pendamkan aje rasa hati nie . Sebab apa ? Sebab aku sanggup buat apa ja asalkan Raimi bahagia walaupun bukan dengan aku . Tapi kau ? Kau khianati cinta arwah ! "


Aku terkedu . Merasa dunia gelap . Ku toleh Nana . Nana seolah-olah mengerti menggenggam erat tangan ku memberi kekuatan lalu membisikkan " tak pa , aku adaa . "





______________________




nanti lah aku sambung . tak dak idea . orang mai raya pulak . byee . salam aidilfitri :)

Saturday, 28 July 2012

all in one

oh my dear ..
terlalu banyak rasanya aku nak tulis . tapi mesti last-last pendek ja yang ditaip akibat malas menguasai diri .. haha

first , about school - guru ;)
pertukaran sekolah ini bukan hanya pada nama . tapi , aku harus sedar bahawa pertukaran ini bermakna segalanya haru ditukarkan . sikap malasku yang melampau-lampau . tahap kebisingan ku yang sangat tak boleh dikawal . cara layanan yang patut diberikan kepada seseorang yang bernama guru .
dulu tak semestinya sama dengan hari ini . apa yang dapat ku simpulkan , guru disini terlalu cepat mengambil tindakan atas kesalahan yang kecil . mungkin mereka ingin melatih kami supaya tidak melakukan satu pun kesalahan . tapi , adakah mereka lupa bahawa kami juga manusia biasa .
kami , meliputi semua warga 4 zamrud 2012 . kami adalah kami . dan bukannya mereka . mengapa perlu wujudnya perbandingan sedangkan didunia ini terdapat pelbagai jenis ragam dan jenis manusia . satu minggu yang penuh dengan tekanan dan sangat meletihkan . kerja sekolah yang diberi semakin hari semakin banyak . tanpa mereka peduli bagaimana dan bila kami ingin menyiapkannya , yang mereka tahu bila ianya dihantar , sempurna keadaannya .
buku melayang . beterbangan didalam kelas berlatarkan suara yang memekik memarahi kami . terlalu ramai yang berduka lara . si cikgu terluka kerana kerja yang diharapkan sempurna oleh kelas kami tapi akhirnya ' sampah ' yang diberi . kami pula terasa kerana disebabkan nila setitik , kami juga tirut sama rosak dimata guru . sumpah dan doa guru begitu sennag untuk dimakbulkan Tuhan . bagaimana agaknya perasaan kami jika terdengar sesuatu yang menggerunkan . adakah berharap kami akan terus senyum jika ada yang mendoakan tentang masa hadapan kami .
aduh , mereka tergores . apa agaknya yang bakal menimpa kami ? kami mengeluh kehampaan . kesal dengan tindakan atau penat dilanda dugaan ? guru , kami minta maaf , sedalam-dalamnya .

second , happy fasting ;)
arr ! tahun pertamaku berpuasa bukan disisi keluarga . aku bukanlah seperantauan yang merantau . tapi aku seorang pelajar sekolah berasrama . takda lagi mami , abah , adik-adik yang semeja denganku . yang ada cumalah rakan-rakan yang senasib denganku . haha .
terawih ? kalau dulu solat ini sering dilakukan bersama jemaah-jemaah surau yang lain bertemankan faradiyana . tapi kini , solat ini aku lakukan bersama semua yang rapat denganku . imamnya pun mungkin sekelas dengan ku . hari-hari menjadi rutin kami untuk terus sujud kepada Allah dengan melakukan terawih yang hanya muncul pada bulan ini sahaja . hari pertama ? hari yang penuh dengan keluhan . aduhh lamanya , penatnya , rimasnya , panasnya . tapi adakah akhirnya solatku diterima jika dari mula hingga akhir hatiku memberontak malas ? hari kedua aku cuba mengikhlaskan hati , terasa semakin ok ! hari ketiga ? ehh , kejapnya ? haha . ia semakin sebati dalam diriku .

third , MPP ;)
musim pemilihan mpp , badar , ketua dan segalanya . haha . aku ? aku tak dipilih . mungkin tak layak . tapi aku masih punya kesempatan untuk memohon . tapi , bagiku , semua itu tidak perlu rasanya . jika mereka ingin aku sebagai seorang pengawas , mereka yang sepatutnya memilihku dari pemerhatian mereka selama ini . bukan kerana permohonanku yang sangat mengingikannya . hm , tapi ada satu incident yang begitu menggeletek hati tatkala terkenangkannya .

" hoii sarah ! gi amik borang bawah meja aku , gi isi cepat ! " - awi
" sarah ! kau patut amik borang mpp tuh ! kau ada layak kod ! mesti boleh punya ! " - syu
" fuyoo sarah ! semangat sarah ! " - 4 zamrud

haha , korang yeye je . benda nie jadi bila aku p depan marah-marah kenapa kelas kotor . dan diorang nampak ciri kepimpinan aky kad depan kelas . sumpah kelakar . macam nak berpolotik jew . yang aku bangga , time aku cakap , semua terdiam dan semua bagi tumpuan 100% . BAGET GILE ! hahaha

hm , oke .. salam ramadhan . ayuh kejar nikmat lailatul qadar . semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya . sesuai tak nak cakap , slam aidilfitri . hahaha :)

love you ! TERIMA KASIH ALLAH :)

Friday, 20 July 2012

lalala ~

dear my dear ..

hari nie jumaat balik bermalam dan pukul 2 lagi aku dah sampai rumah . then , pukul 4 sengah baru my father tau yang actually aku dah sampai rumah . hm , salah aku jugak sebab tak telephone rumah satu minggu .

just wanna to share aktiviti aku petang ni . aku bukak youtube as usual and aku jumpa video perkahwinan artis2 . haha . setakat nie aku tengok irma hasmie , lisa surihani and scha alyahya punya weeding . sweet gila even aku tak minat pasangan awal and scha , aku still nak cakap yang , smart gila video nya . respect gila kad orang media tuh . ok , ayat terabur . daa ~

Saturday, 14 July 2012

ahad ini

assalamualaikum

cukuplah sekadar tahu ,
aku gelisah dan kecewa ..


daa ~

Monday, 2 July 2012

BANGUN SARAH !

dear my dear . haha

for the first time aku post something kad sekolah . my means , selama nieh kan , aku post entry kad rumah . hm , actually , aku tengah duty jaga KIOSK nieh . haha . ngelat . mana ada lha . dalam nieh penuh dengan lelaki yang tengah main game . arghh suck . bising nye .

topic kali nieh ialah ....
ishh , aku terlalu penat menjadi seorang pelajar . agaknya sampai bila aku harus pegang buku ilmiah ? buku-buku teks ? terlalu memeningkan kepala dan merunsingkan jiwa . aduhh ! pembelajarannya semakin berat .

ISNIN !
hari dimulakan dengan bangun awal pagi sedangkan semalamnya aku enak berenang indah diatas katil selama mana yang ku suka . hari diteruskan dengan terpaksa menadah telinga dan menahan kantuk di mata untuk mendengar segala bicara dari cikgu-cikgu . bukan nak menyalahkan sekolah nieh , semua sekolah sama ja . akan ada perhimpunan rasmi hari Isnin . tiap minggu , yang diulas perkara yang sama . dan hari nieh , aku ambil inisiatif baru , bawak novel dalam dewan . perbezaan yang ketara yang aku dapat simpulkan ialah , jika dulu perhimpunan rasmi dan perhimpunan biasa tiada bezanya .tapi di sini , perhimpunan rasmi di adakan di dewan yang berhawa dingin ( bapak formal ayat aku )

dump ! masuk kelas , PHYSICS , KIMIA , AGAMA , BAHASA MELAYU and MATHEMATIC . iiya . hari isnin nie tak seberat hari rabu . tapi , fizik dan kimia sudah cukup untuk membebankan kepala yang sememangnya sudah sarat ini . SHIT ! agama ? bosan dan sangat menyampah pelajaran nieh bila terpaksa berdiri di luar kelas dan menghafaz surah al Luqman yang sememnagnya aku tak mampu nak hafal dalam masa 80 minit . bahasa melayu ? bahasa yang sering digunakan dalam percakapan sehari-hari ? ia juga satu subject yang cukup susah . karangan yang memerlukan kata-kata puitis dan perbendaharaan kata yang sempurna . pemahaman komsas yang meruntun kan jiwa . tapi , aku tiada masalah dalam mempelajari math . satu subject yang aku gemari dari sekolah rendah lagi . mungkin otakku lebih cenderung dengan sesuatu yang melibatkan pengiraan .

SELASA !
wajib pakai pakaian sukan sedangkan aktivitinya hanya diisi dengan permainan dalaman . itu yang paling aku tak suka !

RABU !
pemakaian baju unit beruniform . aku tiada masalah dengannya . cuma , cara pemakaiannya harus memasukkan tudung ke dalam baju itu sedikit leceh bagiku . ia boleh menonjolkan aset seorang wanita yang seharusnya menjadi rahsia ( lancangnya mulutku berbicara )

subject untuk hari nieh ? betul-betul buat aku gila . masih ingat lagi , raut muka aku dah macam orang nak menangis bila satu persatu cikgu masuk untuk mengajar matapelajaran yang tidak aku gemari . TAK SUKA ! physics , kimia , diteruskan dengan sejarah dan biologi . SUCK THEN EVER !

KHAMIS !
mungkin tiada masalah . tapi mungkin sesi penghafalan agama akan diteruskan pada hari ini . ADDmath ? bukan satu masalah bagiku . mungkin subject tuh aku belum boleh kuasai sepenuhnya , tapi aku selesa mempelajarinya .

JUMAAT !
biologi . AKU TAK SUKA ! hari ini akan menjada satu yang menggembirakan untuk ku bila ianya minggu balik bermalam .

SABTU !
hari cuti pun kena bangun awal pagi sebab ada kelas persediaan . 3 jam pulak . SUCK . yang paling menyedihkan , aku tak boleh tengok my sinichi kudo . haha . petang tuhh ? TIDUR LAH .

AHAD !
hari ini pun aku tak berapa suka . bagiku hari nieh lha hari yang paling sibuk . pagi-pagi ada house cleaning . aduhh , leceh sungguh . menyapu , menyusun , mengemas , mengatur , adakah objektif setiap sekolah mengadakan aktiviti house cleaning adalah untuk melatih orang menjadi suri ruimah tangga yang sempurna ?!

kalau ianya adalah minggu balik bermalam , aku pun ada alasan kenapa aku tak suka . sebab , hari nieh lha aku kena bertungkus lumus cari baju aku yang entah ke mana . iron baju dan segalanya . geramnya aku !!

so , soalannya , bilakah semua ini akan tamat !! kerja sekolah itu bagus . ia melatih minda . ia merupakan cara ulangkaji yang terbaik . tapi ia juga membebankan dan merimaskan . adakah ia yang terlalu banyak atau aku yang tak pandai menguruskan masa ku dengan baik ?

THANKS FOR READ . LOVE YOU
TERIMA KASIH ALLAH :)

Saturday, 30 June 2012

balik bermalam

assalamualaikum diari :D

haha , first time kod aku balik naik bas . tak tau macam mana rasanya . sedih sebab kena rush or teruja sebab balik awal . pagi tuhh ada sukan . penat gila jerit . tapi , sumpah lha ! memang lain gila sukan kad sekolah dulu dengan sekolah baru nieh . lagi gempak kodd :)



then balik tuh kena rushing GILA sebab wani kata takut tertinggal bas . then masa OTW ( actually baru keluar pagar ja ) , ada seorang makhluk ALLAH yang baik hati nak tumpangkan . orang tuatua selalu pesan , jangan terima ajakan dari orang yang tak dikenali . tapi kalau dah nampak ada sorang budak lelaki yang pakai baju outing sekolah aku , tak kan nak kata laki yang pelawa tuh jahat pulak kan ? then , masa sampai-sampai ja kad stesen bas uhh , bas dah memang sedang menunggu ketibaan tetamu terhormat dia nie dahh . haha

rasa malu tuhh aku campak jauh-jauh . rasa baget ayu seorang perempuan pun aku buang jauh-jauh . pulun bantai tidor dalam bas . kau pikir kejap ? ntah . aku pun tak tau berapa lama . main tidur ja .. haha . kalau orang nak rompak beg aku pun , haa , amik lha . boleh lha kau tolong basuhkan baju kotor aku . tak pun , kalau dia curi kerja sekolah aku , boleh lha kau tolong buatkan kerja addmath aku yang bertimbun tuhh :P



then aku ngan wani naik ktm . macam orang batak apa ja . almaklumlah KTM baru . naiknaik , batak ngan ctew TOM AND JERRY kad skrin lam komuter uhh . haha . aku ngan wani berpisah kad stesen bas port klang . hm , wani jumpa kawan-kawan aku kad giant . rugi tul aku balik awal . ye lha , bas dah memang nak bertolak dah . penat ar nak tunggu walau kalau tunggu pun tak sampai setengah jam .

malam tuhh , mira text aku ajak p shah alam . mood mak aku pun baik ja , izinkan aku . so , dengan senang hati lha .. tekejut beruk mira bila aku terus cakap yew tanpa banyak songeh . haha . actually , masa dalam bas OTW balik pun aku ada nampak kain rentang tulis pasal pesta buku kad SACC . masa tuhh cakap nak ajak mami pi lha . lastlast , malamnya mira ngan erma ajak . pucuk dicita ulam mendatang lha sayangg oii .

kerja addmath , physics , english aku jangan cakap lha . haram aku nak sentuh . haha . adoii . lemahnya bila teringat kan kerja sekolah ! hm , aku p pesta buku beli buku latihan addmath ngan biology . mungkin aku rasa aku perlu tekankan subject nieh . tapi kenapa aku tak beli buku latihan physics ? gagal kod . haha

   novel ? toksah certita lha . sasaran utama kau ! kalau tahun lepas aku p SR Publication , jakun gila nak mintak gambar ngan siti rosmizah , sekarang aku just amik , and bayar . mana taknya , novelnya aku dah ada dahh . tapi kali ni , aku tak beli hasil penulisan dia lha . sebenarnya novel tuhh aku cari masa p jusco tengok snow white and the huntsman tuh lagi . tapi dah saleswomen tuh kata dah habis stock , hampa gila lha . tebal dia , bapak arr . novel paling tebal kod . haha .

selain tuh aku beli 2 lagi terbitan karya seni . nampaknya alaf 21 and buku prima dah bukan carta yang pertama kad hati aku lagi . alah , alaf punya , aku layan dhya zafira ngan lynn dayana ja . haha . penat gila bapak .

duit ? jangan cakap lha . macam air keluarnya . bila dah tinggal 20 baru mira tanya , kau ada simpan untuk duit makan tak ? alamak !




see , muka aku penat gila nak mati . haha . nieh kad tasik shah alam . hm , terserlah beg moy kad situ . hello ! aku pun minat ujang key ! bukan ujang bapak hisyam . haha . lupa pulak nak g tau aku beli majalah ujang . sebenarnya boleh sangkut kad kedai tuhh sebab attract dengan penanda buku dia . haha . tak leyh blah .

aktiviti lepas tuhh ? kitorang berkayak . haha . cam nak mati punya cuak tau ! perhh , masa aku tolak benda yang aku naik tuh jauh dari sampan erma ngan mira , dia bergoyang , ya ALLAH . takut gila . dua orang tuh , dayak , hmm , pelan gila . asal nak straight ja , mesti ter ke kanan lha , kiri lha . haha

hoii , aku kayak sorang-sorang kod . tapi laju . haha . pening kepala ! nak kata aku mabuk laut . tuhh tasik bukan laut . haha . basah seluar aku . mira dengan tak semegah pergi tanya ' kau celup kaki ka dalam tuhh '



haha . aktiviti santai di hari cuti . with 2 BFF . amirah and erma najihah . haha . love you <3

DUIT AKU DAH HABISS !!

key lha , sayang korang yang baca .
TERIMA KASIH ALLAH



Wednesday, 6 June 2012

alam ( pengaruh sastera )

bersastera seketika mengisi waktu :)

ayam berkokok nyaring
mengejut pagi manusia
burung bersiul merdu
indah hinggap di telinga
kucing mengiau manja
bergesel di kaki tuannya
manusia bernyanyi riang
menghibur hati nan lara

mentari menyuluh alam
pelangi mewarnai siang
mengindahkan hari si manusia
bulan mengambang terang
menerangi malam sepi
bintang rancak berkelip
pengubat rindu dihati

angin bertiup lembut
menyapa tubuh manusia
awan berarak perlahan
melindungi manusia darik mentari
bumi berputar laju
mengelilingi mentari satu
sungai mengalir tenang
menghanyutkan kenangan lampau
pantai berombak kuat
memukul badai semalam

disangka panas hingga ke petang
rupanya hujan ditengah hari
ku lihat alam

pokok melambai riang
ditiup angin kencang
awan mendung kehitaman
membawa si hujan yang berat
langit biru tak kelihatan
mentari tidak bersinar
takut tuk menonjol diri
lalu bersembunyi di celah awan

rintik-rintik hujan
turun berlari-lari
berkejaran sesama sendiri
membasahi setiap pelusuk bumi


dunia indah dimata
si manusia yang alpa
keindahannya melalaikan jiwa
hingga lupa jeliknya rupa
panasnya di neraka


p/s ; tiada hala tuju . niat nak berpuisi . tapi tanpa tajuk . GILA ! haha

sayangg yang baca
TERIMA KASIH ALLAH

Sunday, 3 June 2012

them :)


i want to write something about friends . AGAIN ? haha


melihat kemesraan yang tergambar di raut wajah mereka , aku tersenyum sendiri . senyum dan tawa mereka tanpa kehadiran ku , membuat aku diam . memikirkan betapa cerianya harihari mereka . dan aku ? terus meniti hari tanpa mereka . masih segar di ingatanku , betapa kami menangisi saat keberangkatanku ke sekolah baru . betapa merah mata Alia meratapi sepanjang malam bila memikirkan perjalanannya di sekolah mulai esok tidak ditemani aku . tiada lagi suara sumbang yang menyanyi dan menari ' don't be stress ' tatkala mereka resah memikirkan peperiksaan dan keputusan . tiada lagi suara yang menjerit jerit memanggil nama nama yang masih belum bayar duit kelas . aku masih ingat betapa panasnya badan Fakhira sehingga terpaksa bercuti pada esoknya . 

air mata Fara yang tiba-tiba mengalir tatkala meneruskan pembelajaran yang tertunda tempoh hari . hasil tulisan tangan ku di atas sekeping kertas majong . membentangkan isi-isi karangan surat kiriman tidak rasmi yang ingin dikirimkan ke kawan yang berada di sekolah berasrama penuh . bukankah aku ? dan seisi kelas membayangkan mereka seolah-olah menulisnya untukku . 

seharian kelas sunyi tanpa suara . tiada gelak tawa . tiada lagi gurau senda . semuanya hambar seperti ada seseorang yang baru pergi . bukankah itu aku ? namun aku bukan pergi menemui Illahi . aku hanya pergi menuntut ilmu di sebuat pusat ilmu yang tersohor . tempat dimana semua idamkannya . tapi kelas tetap sepi . tiada siapa yang mampu untuk bersuara . semua  masih mengenang hari semalam . hari di mana semua berpelukan berkongsi duka . 

dan aku ? meniti detik-detik waktu dengan liangan air mata . sentiasa bertelefon bertanya khabar akan mereka . bertanya bagaimanakah harihari mereka tanpa aku . aku masih tidak dapat menyesuaikan diri lagi . suasana dan persekitaran sangat berbeza . aku seumpama sangat tergesa-gesa kesana dan kemari .
mengejar masa yang semestinya tak dapat ku kejari . kawan kawan yang baru aku kenali . semuanya baik . tapi jelas terpancar baik yang hanya di depan mata . bukan tulus mengukir senyuman dari hati . ingatan ku sekali lagi terbang di bawa angin . dapatku rasakan , umpama jasadku sahaja yang sedang berada di bumi orang bijak pandai ini . tapi fikiranku melayang diterbangkan angin dan berharap agar angin menghentikan di sisi mereka . 

hari demi hari , aku mula belajar agar tidak terlalu memikirkan . masuk minggu kedua , aku sudah pandai menyesuaikan diri . masuk minggu ketiga aku sudah pandai mengenepikan mereka . masuk minggu keempat aku mulai mengenangkan mereka . mula membandingkan yang kawankawan baruku tak sama dengan mereka . aku mulai menangisi takdir . aku belum jumpa pelangi pagi yang akan mewarnai kehidupanku dibumi ini . aku masih belum jumpa sinar yang akan menerangi hari hariku . aku masih belum jumpa seorang yang bernama sahabat . 

dan hari berganti hari . tanpa sedar , aku berjaya menjalani setengah dari tahun ini di sini . segalanya berlaku dengan pantas tanpa sempat ku ubah . dan aku rasa , aku tak inginkan sebarang perubahan . aku sudah jumpa insan yang ku cari . aku sudah jumpa warna warna yang kan menceriakan hidupku agar tidak suram seperti harihari lalu . aku sudah jumpa cahaya yang akan menerangi perjalanan yang penuh rintangan . perkenalan singkat terus bertukar menjadi sebuah ikatan persahabatan yang erat . menghubungkan kami berempat . sukar untuk ditakrifkan , aku sudah mula selesa dengan takdirku . aku sudah mula menyayangi sekolah baru ku . 


let me introduce . from left , Siti Syuhada , me , Nur Hanum . one more person missing . haha . Anis Syazwani . four of us . the new journey beginning from one first step .

 harihari yang kulalui kini penuh dengan gelak dan tawa . senyuman sentiasa meniti di bibirku dan tawaku sentiasa terdengar di corong telinga ku . walau sahabat-sahabat lama ku dulu lebih ramai berbanding kini , namun bagiku mereka sudah cukup tuk membuat aku lebih tabah dalam menghadapi harihari yang penuh dengan umpatan dan kejian manusia . bibir yang penuh dengan mesej ingin memburukkan ku . mata yang sentiasa memerhati setiap tindak tandukku agar dapat mencari kesalahanku . ahh , kini aku sudah tidak gelisah memikirkannya .

masalah datang dan pergi . dan aku bahagia di saat masalah datang , ada mereka yang sentiasa di sisiku . memberi dorongan dan kata-kata semangat agar aku terus bangkit . yang akan menghulurkan tangan saat ku rebah . yang akan mengesat titik-titik air mata yang membasahi pipi . 

kawan itu selamanya . sama ada mereka disini atau disana , semuanya dihati . 


i love you all damn much !

dan seluruh isi kelas 3A . saat saat indah antara kita akan terus jadi kenangan yang paling indah dalam hatiku . tak kan pernah ada satu pun yang bisa memadamkannya kecuali Allah . dan aku harap agar ia terus mekar mengisi kekosongan hati ku . akan ku pastikan ia terus segar dalam ingatan . dan selamanya kan terus menjadi sahabat yang sentiasa merindui sesama kita . menjadi sahabat yang selamanya bersama . dan kepada sahabat-sahabat baruku , agar kita terus melangkah maju setapak demi setapak kehadapan mengejar kejayaan milik bersama . agar kita terus tabah menepis segala dugaan dan halangan bersama . tiada lagi istilah baru dan lama . keduanya sama . terukir indah dihatiku selepas Allah , Rasulullah , Ibu , Ayah , dan Keluarga .

terima kasih kepada yang membaca . sayangg anda :)
TERIMA KASIH ALLAH !

Wednesday, 30 May 2012

SPM

dah besar rupanya aku nieh . dah boleh kahwin dah . jeng jeng jeng . GATAI ! haha .

okey , main point aku sebenarnya ialah nak cakap aku nie dah besar . kalau dulu setakat UPSR , dan PMR . ianya cuba peperiksaan besar yang menguji tahap berfikir seorang pelajar . tapi , setelah meningkat dewasa nieh , aku terpaksa menempuhi satu peperiksaan yang sangat BESAR . get it ? haha

okay , SPM . satu peperiksaan yang menentukan halu tujuku satu hari nanti . akan tergapai kah mimpiku untuk menjadikan ibubapaku insan yang paling gembira tatkala melihat aku gah berdiri di persadai dunia sebaris dengan namanama yang hebat yang sering menjadi topik perbualan manusia ?

pembelajarannya semakin rumit . aku sendiri pening kepala . kalau lha aku nieh tak da iman . sahsah , dah lama aku terjun bangunan . haha , thanks to my mummy and my ustazah . sebab selalu ingatkan bunuh diri tu , jawabnya kayu api neraka jahannam . YA ALLAH , jauhkan lah aku dari perkara yang kau murkai .

tiada lagi subject geografi . my means sumbersumber yang selalu memeningkan kepala . hanya ALLAH yang tau betapa aku benci menghafal nama tempat . sedangkan , dalam daerah sendiri pun , kalau orang tanya jalan nak p hospital pun aku tak tau , apa lagi jalan nak p cari bijih timah lha , emas lha , getah lha , itu lha , ini lha .. BUT ! there are still ada subject YANG PALING AKU BENCI . apa lagi kalau bukan SEJARAH !! it is more difficult then before . HATE IT ! kalau dulu boleh lagi main tembaktembak .sekarang ? haram lha nak tembak . A B C D  tuhh mana ada dah !!

hm , ditambah pulak subject biology , chemistry , physics , and add math ! WTF . (welcome to facebook) haha . penat lha aku macam nieh ! bapak payah arr nak paham . ingat senang ka . esei agi ! SUCK than ever . sara , sabar sara ! huh . take a deep breath ... macam lagu taylor swift pulak . haha :)

so , apa lagi nak g tau ? ohh ya . my english and malay . dia punya karangan , haa amik kau . kena lebih 350 words . kalau BM uhh tak pa lagi , ENGLISH ? argghhhh !! aku tak sanggup . aku bukannya tarel english . lagi banyak aku karang , sah sah lha lagi banyak mistake and lagi banyak markah aku kena tolak .

hm , moral of the story , STUDY , STUDY , STUDY ! practice make perfect !

thanks for reading . sayangg sapa yang baca . TERIMA KASIH ALLAH :)

petang tadi

i was looking for a quotes at the Google image . just for my old class's group . actually , memang dah ada gambar CANTIKK terpampar kad atas tuh , then datang seorang admin lagi sorang yang hati busuk ( ciss , kurang ajar betul bahasa aku ) mai tukar gambar yang tah apaapa . huh , tuh tak pa lagi . lately , dia letak gambar POCONG ?! how dare he is ! aku tak perasan lha , si fatin tuh yang tetiba chat ngan aku .
   ' sara ! tolong tukar gambar group balik ! aku tak sanggup tengok gambar pocong tuhh '
then . i seach kad google . banyak quotes yang aku found :)
antara yang aku save tapi tak boleh nak upload jadikan dia group picture because dia punya wide tak cukup or terlebih dari 400 . ntah . aku pun tak paham apa dia nak . yang peliknya , satu group tuhh , senang ja di upload =='
 ya ! kepada lelakilelaki yang baca . ( aku rasa macam tak da sapa ja yang baca blog nieh ) haha , don't choose the beautiful one like your girlfriend now . choose the one like me who will make your world beautiful .
 haha . nobody , nobody ! it is not a song ! but surely nobody can buy a time . apa lagi nak beli kenangan lalu . ohh , shit ! the past is a  memory . sama ada manis atau pahit , kita penentunya . kann :)
 actually , aku tak paham apa quote tuh cakap . but , gambar perempuan kad situ buat aku tertarik . haha . nampak sangat aku jenis pandang luaran sahaja . tak elok betul !
ini quote to my besties . ohh my , my BFF become ramai . haha . surely lha dari sekolah baru . even meningkat hanya 3 orang jew .. haha ;)

ouhh , sebenanya ,banyak lagi .. tapi , nanti aku simpan untuk postpost akan datang . mana tau nak guna . kan , kan , kan ??

thanks , sayangg sapa yang baca .

TERIMA KASIH ALLAH <3

Sunday, 22 April 2012

ahad datang lagi

oh GOD , today ! today ! today is Sunday . it means ? i'm must go back to the school . my new school . arghh , aku bukannya tarel english pun . baget orang putih ja . hehe . english pun paling low lam kelas . hehe .

sekolah ? mungkinkah aku exited nak balik sana . atau mungkin aku begitu malas untuk ke berkemas untuk pulang kesana ? atau mungkinkah sesuatu disana yang membuat separuh hati aku tidak rela ke sana . ketigatiga situasi ini aku rasakan sekarang . tapi hatiku berat untuk kembali ke sana atas beberapa faktor ..

okay , yesterday aku g ambil hadiah . berupa sijil yang dah di frame kan dan wang tunai sebanyak RM 330 . hehe . my adik pun ambil hadiah jugak . he got the same thing for his UPSR exam in 2010 . tapi dia dapat RM 150 . hm , antara hadiah lain yang kitorang dapat , makan hotel free sebanyak RM 120 . makanannya ? for me , warung tepi jalan or bakso yang my friend and i selalu pergi lepas balik sekolah tuh pun lagi better dari that one . and for sure lha my mum made is number one !

who love to listen bila sesiapa berucap kad depan ? nobody right ? it's happen to me . dalam dinning hall yang amat amat sejuk dan nada ucapannya umpama lagu yang mendodoi kan aku . haha . buat pasai ja kalau aku tertidur kad situ . meet my father friend's daughter . for sure lha kan ? inikan SYARIKAT BAPAK AKU ! haha . action nya ayat . macam bapak aku ada syarikat sendiri ja . hehe

by the way , next week aku balik lagi . HARI KECEMERLANGAN sekolah lama pulak . hehe . best kah ? best sebab dapat jumpa MEREKA . best sebab dapat HADIAH . hehe . please give me more ! hehe .

and now , when i'm typing this , while eating my breakfast , i hate to see internet nie dok pusingpusingpusing tengah loading . and , ingatan aku teringat kad Hanum . hehe . arghh ! tak mau balik !

love you if you are the one who read this . TERIMA KASIH ALLAH :)

Friday, 6 April 2012

status manusia ^_^

banyak perbezaan status manusia kalau nak di bezakan . antara kaya dan miskin , lawa dan hodoh , pandai dan bodoh , lama dan baru , aktif dan pasif , lelaki dan perempuan . dan semua perbezaan status ini aku nilai dan sentiasa di banding bandingkan di sini . di sekolah baru ku . haha ^_^ baru ? tapi rasa nya dah 3 bulan aku menuntut ilmu di situ . dan selama 3 bulan tuh juga lha aku belajar untuk mengenal ragam manusia yang sememangnya berlainan dari hidup aku .

kaya atau miskin ? taraf ku sederhana . dan aku mungkin bersyukur kerana yuranku dikira pelajar di bawah pendapatan 5K . jadi , aku tak payah menampung tanggungan makan untuk pelajar lain . okay , ayat aku kejam .  kaya ? senang nak hidup kat sini . SBP ? memang banyak pakai duit kerena pembelajarannya banyak menggunakan module dan helaian kertas dari buku teks . dan si kaya bangga menceritakan aset bapa mereka . aku cemburu . cemburu bila mendengar cerita mereka .

lawa atau hodoh ? pasti yang lawa jadi perhatian . sering mendapat sambutan . menjadi keutamaan dalam segala aspek . ramai yang lawa kad sini . ditambah dengan kepandaian mereka , kecantikan mungkin pemberian Allah . untung lha mereka :)

pandai atau bodoh ? pasti lah di sini tiadanya istilah BODOH . paling kurang pun , kurang pandai . yang sebaya dengan aku pun paling kurang 6A . err , apa ? ingat nak dapat 6A tuh senang ? 1A pun payah gila bapak . haha . bila berbicara tentang isu pandai , aku turut cemburu bila mendengar semua bercerita ahli keluarga mereka berjaya . ada yang doktor , arkitek , mendengar pekerjaan bapa mereka gah berdiri di dunia koprat ( tak tau eja ) sedangkan aku , aku lah harapan keluarga . and i love my family what ever they are .

lama atau baru ? sah-sah lah berkaitan dengan status aku sendiri . aku seorang pelajar tingkatan 4 baru dan sedang cuba menjalani harihari ku dengan hampir 7** pelajar lama disini . aku seorang pelajar tingkatan 4 baru dan sedang cuba bersaing dengan 16* yang sebaya dengan ku . aku seorang pelajar tingkatan 4 baru dan sedang cuba mengenali dan rapat dengan 17 kakak + kawan + adik yang sebilik dengan ku . aku seorang pelajar tingkatan 4 baru dan sedang cuba memberi kerjasama dan mengekalkan kejuaraan rumah sukanku bersama 10* ahli lain .

aktif atau pasif ? sah sah aku pasif .dan kesannya , aku kurang dikenali . jika dibandingkan si aktif yang berada dikelas ku sekarang , bagai langit dan bumi kepopularlitian kami . haha , salah satu tabiat buruk aku adalah dengan memandai mandai meletakkan imbuhan ke- dan -an pada perkataan yang tah apaapa . walaupun mereka baru melangkah masuk ke alam persekolahan yang baru , tapi mereka seolaholah telah menempah nama dan membuat mereka dikenali ramai .

lelaki atau perempuan ? dua-dua mungkin sama . yang membezakan adalah jantina . tapi kehidupan selepas naik ke menengah tinggi ini makin berbeza . lelaki menjadi keutamaan . lebih menempah nama di bibir-bibir pelajar lama . tak dinafikan ramai yang bertuah mempunyai paras yang dapat menambat hari si bunga . tapi , aku tidak pernah tertarik dengan rakan sekelas ku sendiri sepertimana mereka digilai oleh semua orang .

lagi satu lha aku nak tambah . bukan isu status . tapi , perbezaan beradanya disini . antara cuti dan sekolah . jika dahulu , aku paling benci wujudnya sabtu dan ahad . kerana dua hari nie aku tak dapat jumpa dan belajar dengan kawankawan aku . tapi sekarang , aku udah tak kenal apa itu sabtu dan ahad . disini , semuanya sama . semuanya umpama hari persekolahan . dan hari-hari ku disini umpama membilang hari . membilang menunggu tibanya hari ' sabtu dan ahad ' itu yang hadirnya cuma 3 minggu sekali . dan aku sudah rasa gelisah bila memikirkan kehadiran hari raya aidulfitri nanti . dapatkah aku beraya bersama mereka lagi pada tahun ini ?

sekolah dimana sama sahaja . manusia dimata ALLAH sama sahaja . cuma yang membezakan amalannya . dan pandangan dan pemikiran orang lain kepada kita , kita tak boleh elak . bagi aku disini , terpulanglah sesiapa yang nak menyebutnyebut nama aku kad belakang . aku sedang menjadi diri aku sendiri . jadi aku rasa , itu lebih baik dari aku hipokrit .

dan aku pegang kata-kata ibuku ' pergi sekolah untuk belajar . bukan mencari kawan . kawan itu satu bonus . ' dan aku pegang kata-kata BFF aku - alia ' biar lah orang nak mengata kita , diorang yang dapat dosa ' dan aku pegang kata-kata ketua badar yang penah bagi ceramah lepas maghrib kad sekolah ' waktu ambil wuduk ( masa basuh telinga ) , doa dalam hati - ya ALLAH , kau ampunkan lah segala dosa-dosa dari telinga ini . kau jauh kan lah telinga ini dari mendengar umpatan dan fitnah manusia ' dan aku pegang kata-kata BFF aku - fara ' kita akan mula menghargai seseorang bila dia sudah mula menjauh dari kita ' dan aku pegang kata-kata BFF aku - izzudin ' kau akan selamanya jadi sahabat terbaik aku , sarah '

dan aku akhirnya aku buat satu kesimpulan , kawan datang dan pergi . tapi selamanya dihati . walaupun sehari kawan muncul dalam hidupku , selamanya akan mekar dihati . aku menghargai sahabat-sahabat ku . dan aku harap mereka pun begitu . bagiku , kawan adalah sangat istimewa dan aku tak mungkin putuskan persahabatan itu . baru atau lama , tak da beza . selamanya , di hati . dan aku sayangkan nya . BFF <3

munkin semua kata-kata mereka itu ku pegang saat semua menjauhi aku . dan saat takdir telah merapatkan kembali hubungan itu , aku akan cuba rapatkan lagi dan jaga persahabatan itu . bagiku , kawan adalah segalanya . dan aku harap sahabat baru aku juga dapat tempat yang sama dengan mereka disini . yang sememangnya BFF aku kini dan selamannya <3

dan , jika hubungan persahabatan ku dengan sahabat-sahabat baru ku selamanya kekal dingin , aku rasa , aku tidak perlu sedih meratapinya kerana aku masih ada AINA , yang sentisa bising ingadkan aku jangan termenung . FARA yang setia menunggu aku depan pagar nak jemput aku g sekolah . FATIN yang sentiasa disisi mendengar semua masalah aku . ALIA yang menjadi penanyi tak berbayar didalam kelas dan aksinya yang penuh mengancam . FAKHIRA yang sentiasa menjadi penghibur dikala duka , PEAH yang tak penah berhenti-henti bercakap . ERMA yang sentiasa memihak dan membelaku . AMIRAH yang sentiasa baik hati meminjamkan aku netbook satu Malaysia nya kepadaku walau dalam terpaksa . INTAN yang sentiasa memekak . ELISA yang senang dikenakan oleh kami semua . ADILA yang gelenyah dan sentisa ketawa . CHEN yang lembut tapi pemarah . FARHANAH yang terlalu gilakan K-pop . HAFEERA yang gangster tapi baik hati . AZZIRA yang sopan dan sahabat balik sekolah aku . dan semuanya , akan tetap aku rindu . sebab mereka adalah mereka . dan tiada yang serupa dan tiada penggantinya .

haha , macam dah panjang sangat ja , okay then , byee . sayangg anda yang baca

TERIMA KASIH ALLAH :)

Thursday, 8 March 2012

SEKOLAH MENENGAH SAINS KUALA SELANGOR

disinilah masa depan ku bermula . setelah sebulan aku meniti hari dibumi yang cukup asing bagiku . jauh dari orang yang ku kenali , aku telah membuka kamus baru . senarai rakan-rakan baru yang aku tidak pernah kenali . bermulalah satu lembaran baru , kehidupan ku di isi dengan orang-orang baru . *baru-baru pada tadi . tah apa apa tahh . haha .

perjalanan hidupku semakin rumit . disini aku berlajar untuk membuat keputusan dengan sendirinya . melihat rakan-rakan baru yang senasib dengan ku menjalani kehidupan mereka dengan tenang , aku seolah-olah mendapat kekuatan agar tidak tewas diduga sebergini . jika dahulu aku cuma berkawan dalam kelompok kelas sahaja , disini , aku dapat bercerita dan bergelak tawa dengan semua yang belajar di sini . semakin hari , aku semakin sayang akan sekolah baruku . kenalan ku semakin ramai .

berada disini , perasaan merendah diri semakin menebal . tambah-tambah lagi selepas ujian ataupun peperiksaan . markah-markah mereka jauh tinggi daripada aku yang hanya takat lulus sahaja . mendapat 100% itu merupakan perkara biasa bagi mereka . aku merasakan diriku sangat kerdil disisi mereka . jikalau dahulu , seteruk mana pun keputusan ku , aku adalah yang  terbaik .

perjalan harianku mula tersusun . aku sudah pandai untuk membahagikan masa . tapi belum pandai untuk mencuri masa .

Wednesday, 18 January 2012

meaningless !

blogging ,
nothing dah bagi aku , 
sejak shoutbox tuh tak leyh pakai ,
tak dak dah istilah blockwalking bagi aku ,
kalau tahun lepas aku mungkin semangat nak update ,
then p kad blog orang , shout apa-apa yang berkenaan , 
tapi ,
sekarang aku ,
layan laman youtube jew ,
cerita taiwan MY BEST PALS ngan,
cerita PRINCE WHO TURN INTO A FROG ,
sekarang nieh , aku tengok MY MVP VALENTINE .
hehe ,
memandangkan .
my dad dah upgrade internet ,
so , internet dah laju dan tak tersekat ,
so , aku makin suka tengok toutube dari kad televisyen :)

p/s ; tengah tunggu tawaran SBP / MRSM :)