Thursday, 8 March 2012

SEKOLAH MENENGAH SAINS KUALA SELANGOR

disinilah masa depan ku bermula . setelah sebulan aku meniti hari dibumi yang cukup asing bagiku . jauh dari orang yang ku kenali , aku telah membuka kamus baru . senarai rakan-rakan baru yang aku tidak pernah kenali . bermulalah satu lembaran baru , kehidupan ku di isi dengan orang-orang baru . *baru-baru pada tadi . tah apa apa tahh . haha .

perjalanan hidupku semakin rumit . disini aku berlajar untuk membuat keputusan dengan sendirinya . melihat rakan-rakan baru yang senasib dengan ku menjalani kehidupan mereka dengan tenang , aku seolah-olah mendapat kekuatan agar tidak tewas diduga sebergini . jika dahulu aku cuma berkawan dalam kelompok kelas sahaja , disini , aku dapat bercerita dan bergelak tawa dengan semua yang belajar di sini . semakin hari , aku semakin sayang akan sekolah baruku . kenalan ku semakin ramai .

berada disini , perasaan merendah diri semakin menebal . tambah-tambah lagi selepas ujian ataupun peperiksaan . markah-markah mereka jauh tinggi daripada aku yang hanya takat lulus sahaja . mendapat 100% itu merupakan perkara biasa bagi mereka . aku merasakan diriku sangat kerdil disisi mereka . jikalau dahulu , seteruk mana pun keputusan ku , aku adalah yang  terbaik .

perjalan harianku mula tersusun . aku sudah pandai untuk membahagikan masa . tapi belum pandai untuk mencuri masa .

No comments: