Sunday, 22 April 2012

ahad datang lagi

oh GOD , today ! today ! today is Sunday . it means ? i'm must go back to the school . my new school . arghh , aku bukannya tarel english pun . baget orang putih ja . hehe . english pun paling low lam kelas . hehe .

sekolah ? mungkinkah aku exited nak balik sana . atau mungkin aku begitu malas untuk ke berkemas untuk pulang kesana ? atau mungkinkah sesuatu disana yang membuat separuh hati aku tidak rela ke sana . ketigatiga situasi ini aku rasakan sekarang . tapi hatiku berat untuk kembali ke sana atas beberapa faktor ..

okay , yesterday aku g ambil hadiah . berupa sijil yang dah di frame kan dan wang tunai sebanyak RM 330 . hehe . my adik pun ambil hadiah jugak . he got the same thing for his UPSR exam in 2010 . tapi dia dapat RM 150 . hm , antara hadiah lain yang kitorang dapat , makan hotel free sebanyak RM 120 . makanannya ? for me , warung tepi jalan or bakso yang my friend and i selalu pergi lepas balik sekolah tuh pun lagi better dari that one . and for sure lha my mum made is number one !

who love to listen bila sesiapa berucap kad depan ? nobody right ? it's happen to me . dalam dinning hall yang amat amat sejuk dan nada ucapannya umpama lagu yang mendodoi kan aku . haha . buat pasai ja kalau aku tertidur kad situ . meet my father friend's daughter . for sure lha kan ? inikan SYARIKAT BAPAK AKU ! haha . action nya ayat . macam bapak aku ada syarikat sendiri ja . hehe

by the way , next week aku balik lagi . HARI KECEMERLANGAN sekolah lama pulak . hehe . best kah ? best sebab dapat jumpa MEREKA . best sebab dapat HADIAH . hehe . please give me more ! hehe .

and now , when i'm typing this , while eating my breakfast , i hate to see internet nie dok pusingpusingpusing tengah loading . and , ingatan aku teringat kad Hanum . hehe . arghh ! tak mau balik !

love you if you are the one who read this . TERIMA KASIH ALLAH :)

Friday, 6 April 2012

status manusia ^_^

banyak perbezaan status manusia kalau nak di bezakan . antara kaya dan miskin , lawa dan hodoh , pandai dan bodoh , lama dan baru , aktif dan pasif , lelaki dan perempuan . dan semua perbezaan status ini aku nilai dan sentiasa di banding bandingkan di sini . di sekolah baru ku . haha ^_^ baru ? tapi rasa nya dah 3 bulan aku menuntut ilmu di situ . dan selama 3 bulan tuh juga lha aku belajar untuk mengenal ragam manusia yang sememangnya berlainan dari hidup aku .

kaya atau miskin ? taraf ku sederhana . dan aku mungkin bersyukur kerana yuranku dikira pelajar di bawah pendapatan 5K . jadi , aku tak payah menampung tanggungan makan untuk pelajar lain . okay , ayat aku kejam .  kaya ? senang nak hidup kat sini . SBP ? memang banyak pakai duit kerena pembelajarannya banyak menggunakan module dan helaian kertas dari buku teks . dan si kaya bangga menceritakan aset bapa mereka . aku cemburu . cemburu bila mendengar cerita mereka .

lawa atau hodoh ? pasti yang lawa jadi perhatian . sering mendapat sambutan . menjadi keutamaan dalam segala aspek . ramai yang lawa kad sini . ditambah dengan kepandaian mereka , kecantikan mungkin pemberian Allah . untung lha mereka :)

pandai atau bodoh ? pasti lah di sini tiadanya istilah BODOH . paling kurang pun , kurang pandai . yang sebaya dengan aku pun paling kurang 6A . err , apa ? ingat nak dapat 6A tuh senang ? 1A pun payah gila bapak . haha . bila berbicara tentang isu pandai , aku turut cemburu bila mendengar semua bercerita ahli keluarga mereka berjaya . ada yang doktor , arkitek , mendengar pekerjaan bapa mereka gah berdiri di dunia koprat ( tak tau eja ) sedangkan aku , aku lah harapan keluarga . and i love my family what ever they are .

lama atau baru ? sah-sah lah berkaitan dengan status aku sendiri . aku seorang pelajar tingkatan 4 baru dan sedang cuba menjalani harihari ku dengan hampir 7** pelajar lama disini . aku seorang pelajar tingkatan 4 baru dan sedang cuba bersaing dengan 16* yang sebaya dengan ku . aku seorang pelajar tingkatan 4 baru dan sedang cuba mengenali dan rapat dengan 17 kakak + kawan + adik yang sebilik dengan ku . aku seorang pelajar tingkatan 4 baru dan sedang cuba memberi kerjasama dan mengekalkan kejuaraan rumah sukanku bersama 10* ahli lain .

aktif atau pasif ? sah sah aku pasif .dan kesannya , aku kurang dikenali . jika dibandingkan si aktif yang berada dikelas ku sekarang , bagai langit dan bumi kepopularlitian kami . haha , salah satu tabiat buruk aku adalah dengan memandai mandai meletakkan imbuhan ke- dan -an pada perkataan yang tah apaapa . walaupun mereka baru melangkah masuk ke alam persekolahan yang baru , tapi mereka seolaholah telah menempah nama dan membuat mereka dikenali ramai .

lelaki atau perempuan ? dua-dua mungkin sama . yang membezakan adalah jantina . tapi kehidupan selepas naik ke menengah tinggi ini makin berbeza . lelaki menjadi keutamaan . lebih menempah nama di bibir-bibir pelajar lama . tak dinafikan ramai yang bertuah mempunyai paras yang dapat menambat hari si bunga . tapi , aku tidak pernah tertarik dengan rakan sekelas ku sendiri sepertimana mereka digilai oleh semua orang .

lagi satu lha aku nak tambah . bukan isu status . tapi , perbezaan beradanya disini . antara cuti dan sekolah . jika dahulu , aku paling benci wujudnya sabtu dan ahad . kerana dua hari nie aku tak dapat jumpa dan belajar dengan kawankawan aku . tapi sekarang , aku udah tak kenal apa itu sabtu dan ahad . disini , semuanya sama . semuanya umpama hari persekolahan . dan hari-hari ku disini umpama membilang hari . membilang menunggu tibanya hari ' sabtu dan ahad ' itu yang hadirnya cuma 3 minggu sekali . dan aku sudah rasa gelisah bila memikirkan kehadiran hari raya aidulfitri nanti . dapatkah aku beraya bersama mereka lagi pada tahun ini ?

sekolah dimana sama sahaja . manusia dimata ALLAH sama sahaja . cuma yang membezakan amalannya . dan pandangan dan pemikiran orang lain kepada kita , kita tak boleh elak . bagi aku disini , terpulanglah sesiapa yang nak menyebutnyebut nama aku kad belakang . aku sedang menjadi diri aku sendiri . jadi aku rasa , itu lebih baik dari aku hipokrit .

dan aku pegang kata-kata ibuku ' pergi sekolah untuk belajar . bukan mencari kawan . kawan itu satu bonus . ' dan aku pegang kata-kata BFF aku - alia ' biar lah orang nak mengata kita , diorang yang dapat dosa ' dan aku pegang kata-kata ketua badar yang penah bagi ceramah lepas maghrib kad sekolah ' waktu ambil wuduk ( masa basuh telinga ) , doa dalam hati - ya ALLAH , kau ampunkan lah segala dosa-dosa dari telinga ini . kau jauh kan lah telinga ini dari mendengar umpatan dan fitnah manusia ' dan aku pegang kata-kata BFF aku - fara ' kita akan mula menghargai seseorang bila dia sudah mula menjauh dari kita ' dan aku pegang kata-kata BFF aku - izzudin ' kau akan selamanya jadi sahabat terbaik aku , sarah '

dan aku akhirnya aku buat satu kesimpulan , kawan datang dan pergi . tapi selamanya dihati . walaupun sehari kawan muncul dalam hidupku , selamanya akan mekar dihati . aku menghargai sahabat-sahabat ku . dan aku harap mereka pun begitu . bagiku , kawan adalah sangat istimewa dan aku tak mungkin putuskan persahabatan itu . baru atau lama , tak da beza . selamanya , di hati . dan aku sayangkan nya . BFF <3

munkin semua kata-kata mereka itu ku pegang saat semua menjauhi aku . dan saat takdir telah merapatkan kembali hubungan itu , aku akan cuba rapatkan lagi dan jaga persahabatan itu . bagiku , kawan adalah segalanya . dan aku harap sahabat baru aku juga dapat tempat yang sama dengan mereka disini . yang sememangnya BFF aku kini dan selamannya <3

dan , jika hubungan persahabatan ku dengan sahabat-sahabat baru ku selamanya kekal dingin , aku rasa , aku tidak perlu sedih meratapinya kerana aku masih ada AINA , yang sentisa bising ingadkan aku jangan termenung . FARA yang setia menunggu aku depan pagar nak jemput aku g sekolah . FATIN yang sentiasa disisi mendengar semua masalah aku . ALIA yang menjadi penanyi tak berbayar didalam kelas dan aksinya yang penuh mengancam . FAKHIRA yang sentiasa menjadi penghibur dikala duka , PEAH yang tak penah berhenti-henti bercakap . ERMA yang sentiasa memihak dan membelaku . AMIRAH yang sentiasa baik hati meminjamkan aku netbook satu Malaysia nya kepadaku walau dalam terpaksa . INTAN yang sentiasa memekak . ELISA yang senang dikenakan oleh kami semua . ADILA yang gelenyah dan sentisa ketawa . CHEN yang lembut tapi pemarah . FARHANAH yang terlalu gilakan K-pop . HAFEERA yang gangster tapi baik hati . AZZIRA yang sopan dan sahabat balik sekolah aku . dan semuanya , akan tetap aku rindu . sebab mereka adalah mereka . dan tiada yang serupa dan tiada penggantinya .

haha , macam dah panjang sangat ja , okay then , byee . sayangg anda yang baca

TERIMA KASIH ALLAH :)