Saturday, 30 June 2012

balik bermalam

assalamualaikum diari :D

haha , first time kod aku balik naik bas . tak tau macam mana rasanya . sedih sebab kena rush or teruja sebab balik awal . pagi tuhh ada sukan . penat gila jerit . tapi , sumpah lha ! memang lain gila sukan kad sekolah dulu dengan sekolah baru nieh . lagi gempak kodd :)



then balik tuh kena rushing GILA sebab wani kata takut tertinggal bas . then masa OTW ( actually baru keluar pagar ja ) , ada seorang makhluk ALLAH yang baik hati nak tumpangkan . orang tuatua selalu pesan , jangan terima ajakan dari orang yang tak dikenali . tapi kalau dah nampak ada sorang budak lelaki yang pakai baju outing sekolah aku , tak kan nak kata laki yang pelawa tuh jahat pulak kan ? then , masa sampai-sampai ja kad stesen bas uhh , bas dah memang sedang menunggu ketibaan tetamu terhormat dia nie dahh . haha

rasa malu tuhh aku campak jauh-jauh . rasa baget ayu seorang perempuan pun aku buang jauh-jauh . pulun bantai tidor dalam bas . kau pikir kejap ? ntah . aku pun tak tau berapa lama . main tidur ja .. haha . kalau orang nak rompak beg aku pun , haa , amik lha . boleh lha kau tolong basuhkan baju kotor aku . tak pun , kalau dia curi kerja sekolah aku , boleh lha kau tolong buatkan kerja addmath aku yang bertimbun tuhh :P



then aku ngan wani naik ktm . macam orang batak apa ja . almaklumlah KTM baru . naiknaik , batak ngan ctew TOM AND JERRY kad skrin lam komuter uhh . haha . aku ngan wani berpisah kad stesen bas port klang . hm , wani jumpa kawan-kawan aku kad giant . rugi tul aku balik awal . ye lha , bas dah memang nak bertolak dah . penat ar nak tunggu walau kalau tunggu pun tak sampai setengah jam .

malam tuhh , mira text aku ajak p shah alam . mood mak aku pun baik ja , izinkan aku . so , dengan senang hati lha .. tekejut beruk mira bila aku terus cakap yew tanpa banyak songeh . haha . actually , masa dalam bas OTW balik pun aku ada nampak kain rentang tulis pasal pesta buku kad SACC . masa tuhh cakap nak ajak mami pi lha . lastlast , malamnya mira ngan erma ajak . pucuk dicita ulam mendatang lha sayangg oii .

kerja addmath , physics , english aku jangan cakap lha . haram aku nak sentuh . haha . adoii . lemahnya bila teringat kan kerja sekolah ! hm , aku p pesta buku beli buku latihan addmath ngan biology . mungkin aku rasa aku perlu tekankan subject nieh . tapi kenapa aku tak beli buku latihan physics ? gagal kod . haha

   novel ? toksah certita lha . sasaran utama kau ! kalau tahun lepas aku p SR Publication , jakun gila nak mintak gambar ngan siti rosmizah , sekarang aku just amik , and bayar . mana taknya , novelnya aku dah ada dahh . tapi kali ni , aku tak beli hasil penulisan dia lha . sebenarnya novel tuhh aku cari masa p jusco tengok snow white and the huntsman tuh lagi . tapi dah saleswomen tuh kata dah habis stock , hampa gila lha . tebal dia , bapak arr . novel paling tebal kod . haha .

selain tuh aku beli 2 lagi terbitan karya seni . nampaknya alaf 21 and buku prima dah bukan carta yang pertama kad hati aku lagi . alah , alaf punya , aku layan dhya zafira ngan lynn dayana ja . haha . penat gila bapak .

duit ? jangan cakap lha . macam air keluarnya . bila dah tinggal 20 baru mira tanya , kau ada simpan untuk duit makan tak ? alamak !




see , muka aku penat gila nak mati . haha . nieh kad tasik shah alam . hm , terserlah beg moy kad situ . hello ! aku pun minat ujang key ! bukan ujang bapak hisyam . haha . lupa pulak nak g tau aku beli majalah ujang . sebenarnya boleh sangkut kad kedai tuhh sebab attract dengan penanda buku dia . haha . tak leyh blah .

aktiviti lepas tuhh ? kitorang berkayak . haha . cam nak mati punya cuak tau ! perhh , masa aku tolak benda yang aku naik tuh jauh dari sampan erma ngan mira , dia bergoyang , ya ALLAH . takut gila . dua orang tuh , dayak , hmm , pelan gila . asal nak straight ja , mesti ter ke kanan lha , kiri lha . haha

hoii , aku kayak sorang-sorang kod . tapi laju . haha . pening kepala ! nak kata aku mabuk laut . tuhh tasik bukan laut . haha . basah seluar aku . mira dengan tak semegah pergi tanya ' kau celup kaki ka dalam tuhh '



haha . aktiviti santai di hari cuti . with 2 BFF . amirah and erma najihah . haha . love you <3

DUIT AKU DAH HABISS !!

key lha , sayang korang yang baca .
TERIMA KASIH ALLAH



Wednesday, 6 June 2012

alam ( pengaruh sastera )

bersastera seketika mengisi waktu :)

ayam berkokok nyaring
mengejut pagi manusia
burung bersiul merdu
indah hinggap di telinga
kucing mengiau manja
bergesel di kaki tuannya
manusia bernyanyi riang
menghibur hati nan lara

mentari menyuluh alam
pelangi mewarnai siang
mengindahkan hari si manusia
bulan mengambang terang
menerangi malam sepi
bintang rancak berkelip
pengubat rindu dihati

angin bertiup lembut
menyapa tubuh manusia
awan berarak perlahan
melindungi manusia darik mentari
bumi berputar laju
mengelilingi mentari satu
sungai mengalir tenang
menghanyutkan kenangan lampau
pantai berombak kuat
memukul badai semalam

disangka panas hingga ke petang
rupanya hujan ditengah hari
ku lihat alam

pokok melambai riang
ditiup angin kencang
awan mendung kehitaman
membawa si hujan yang berat
langit biru tak kelihatan
mentari tidak bersinar
takut tuk menonjol diri
lalu bersembunyi di celah awan

rintik-rintik hujan
turun berlari-lari
berkejaran sesama sendiri
membasahi setiap pelusuk bumi


dunia indah dimata
si manusia yang alpa
keindahannya melalaikan jiwa
hingga lupa jeliknya rupa
panasnya di neraka


p/s ; tiada hala tuju . niat nak berpuisi . tapi tanpa tajuk . GILA ! haha

sayangg yang baca
TERIMA KASIH ALLAH

Sunday, 3 June 2012

them :)


i want to write something about friends . AGAIN ? haha


melihat kemesraan yang tergambar di raut wajah mereka , aku tersenyum sendiri . senyum dan tawa mereka tanpa kehadiran ku , membuat aku diam . memikirkan betapa cerianya harihari mereka . dan aku ? terus meniti hari tanpa mereka . masih segar di ingatanku , betapa kami menangisi saat keberangkatanku ke sekolah baru . betapa merah mata Alia meratapi sepanjang malam bila memikirkan perjalanannya di sekolah mulai esok tidak ditemani aku . tiada lagi suara sumbang yang menyanyi dan menari ' don't be stress ' tatkala mereka resah memikirkan peperiksaan dan keputusan . tiada lagi suara yang menjerit jerit memanggil nama nama yang masih belum bayar duit kelas . aku masih ingat betapa panasnya badan Fakhira sehingga terpaksa bercuti pada esoknya . 

air mata Fara yang tiba-tiba mengalir tatkala meneruskan pembelajaran yang tertunda tempoh hari . hasil tulisan tangan ku di atas sekeping kertas majong . membentangkan isi-isi karangan surat kiriman tidak rasmi yang ingin dikirimkan ke kawan yang berada di sekolah berasrama penuh . bukankah aku ? dan seisi kelas membayangkan mereka seolah-olah menulisnya untukku . 

seharian kelas sunyi tanpa suara . tiada gelak tawa . tiada lagi gurau senda . semuanya hambar seperti ada seseorang yang baru pergi . bukankah itu aku ? namun aku bukan pergi menemui Illahi . aku hanya pergi menuntut ilmu di sebuat pusat ilmu yang tersohor . tempat dimana semua idamkannya . tapi kelas tetap sepi . tiada siapa yang mampu untuk bersuara . semua  masih mengenang hari semalam . hari di mana semua berpelukan berkongsi duka . 

dan aku ? meniti detik-detik waktu dengan liangan air mata . sentiasa bertelefon bertanya khabar akan mereka . bertanya bagaimanakah harihari mereka tanpa aku . aku masih tidak dapat menyesuaikan diri lagi . suasana dan persekitaran sangat berbeza . aku seumpama sangat tergesa-gesa kesana dan kemari .
mengejar masa yang semestinya tak dapat ku kejari . kawan kawan yang baru aku kenali . semuanya baik . tapi jelas terpancar baik yang hanya di depan mata . bukan tulus mengukir senyuman dari hati . ingatan ku sekali lagi terbang di bawa angin . dapatku rasakan , umpama jasadku sahaja yang sedang berada di bumi orang bijak pandai ini . tapi fikiranku melayang diterbangkan angin dan berharap agar angin menghentikan di sisi mereka . 

hari demi hari , aku mula belajar agar tidak terlalu memikirkan . masuk minggu kedua , aku sudah pandai menyesuaikan diri . masuk minggu ketiga aku sudah pandai mengenepikan mereka . masuk minggu keempat aku mulai mengenangkan mereka . mula membandingkan yang kawankawan baruku tak sama dengan mereka . aku mulai menangisi takdir . aku belum jumpa pelangi pagi yang akan mewarnai kehidupanku dibumi ini . aku masih belum jumpa sinar yang akan menerangi hari hariku . aku masih belum jumpa seorang yang bernama sahabat . 

dan hari berganti hari . tanpa sedar , aku berjaya menjalani setengah dari tahun ini di sini . segalanya berlaku dengan pantas tanpa sempat ku ubah . dan aku rasa , aku tak inginkan sebarang perubahan . aku sudah jumpa insan yang ku cari . aku sudah jumpa warna warna yang kan menceriakan hidupku agar tidak suram seperti harihari lalu . aku sudah jumpa cahaya yang akan menerangi perjalanan yang penuh rintangan . perkenalan singkat terus bertukar menjadi sebuah ikatan persahabatan yang erat . menghubungkan kami berempat . sukar untuk ditakrifkan , aku sudah mula selesa dengan takdirku . aku sudah mula menyayangi sekolah baru ku . 


let me introduce . from left , Siti Syuhada , me , Nur Hanum . one more person missing . haha . Anis Syazwani . four of us . the new journey beginning from one first step .

 harihari yang kulalui kini penuh dengan gelak dan tawa . senyuman sentiasa meniti di bibirku dan tawaku sentiasa terdengar di corong telinga ku . walau sahabat-sahabat lama ku dulu lebih ramai berbanding kini , namun bagiku mereka sudah cukup tuk membuat aku lebih tabah dalam menghadapi harihari yang penuh dengan umpatan dan kejian manusia . bibir yang penuh dengan mesej ingin memburukkan ku . mata yang sentiasa memerhati setiap tindak tandukku agar dapat mencari kesalahanku . ahh , kini aku sudah tidak gelisah memikirkannya .

masalah datang dan pergi . dan aku bahagia di saat masalah datang , ada mereka yang sentiasa di sisiku . memberi dorongan dan kata-kata semangat agar aku terus bangkit . yang akan menghulurkan tangan saat ku rebah . yang akan mengesat titik-titik air mata yang membasahi pipi . 

kawan itu selamanya . sama ada mereka disini atau disana , semuanya dihati . 


i love you all damn much !

dan seluruh isi kelas 3A . saat saat indah antara kita akan terus jadi kenangan yang paling indah dalam hatiku . tak kan pernah ada satu pun yang bisa memadamkannya kecuali Allah . dan aku harap agar ia terus mekar mengisi kekosongan hati ku . akan ku pastikan ia terus segar dalam ingatan . dan selamanya kan terus menjadi sahabat yang sentiasa merindui sesama kita . menjadi sahabat yang selamanya bersama . dan kepada sahabat-sahabat baruku , agar kita terus melangkah maju setapak demi setapak kehadapan mengejar kejayaan milik bersama . agar kita terus tabah menepis segala dugaan dan halangan bersama . tiada lagi istilah baru dan lama . keduanya sama . terukir indah dihatiku selepas Allah , Rasulullah , Ibu , Ayah , dan Keluarga .

terima kasih kepada yang membaca . sayangg anda :)
TERIMA KASIH ALLAH !