Saturday, 28 July 2012

all in one

oh my dear ..
terlalu banyak rasanya aku nak tulis . tapi mesti last-last pendek ja yang ditaip akibat malas menguasai diri .. haha

first , about school - guru ;)
pertukaran sekolah ini bukan hanya pada nama . tapi , aku harus sedar bahawa pertukaran ini bermakna segalanya haru ditukarkan . sikap malasku yang melampau-lampau . tahap kebisingan ku yang sangat tak boleh dikawal . cara layanan yang patut diberikan kepada seseorang yang bernama guru .
dulu tak semestinya sama dengan hari ini . apa yang dapat ku simpulkan , guru disini terlalu cepat mengambil tindakan atas kesalahan yang kecil . mungkin mereka ingin melatih kami supaya tidak melakukan satu pun kesalahan . tapi , adakah mereka lupa bahawa kami juga manusia biasa .
kami , meliputi semua warga 4 zamrud 2012 . kami adalah kami . dan bukannya mereka . mengapa perlu wujudnya perbandingan sedangkan didunia ini terdapat pelbagai jenis ragam dan jenis manusia . satu minggu yang penuh dengan tekanan dan sangat meletihkan . kerja sekolah yang diberi semakin hari semakin banyak . tanpa mereka peduli bagaimana dan bila kami ingin menyiapkannya , yang mereka tahu bila ianya dihantar , sempurna keadaannya .
buku melayang . beterbangan didalam kelas berlatarkan suara yang memekik memarahi kami . terlalu ramai yang berduka lara . si cikgu terluka kerana kerja yang diharapkan sempurna oleh kelas kami tapi akhirnya ' sampah ' yang diberi . kami pula terasa kerana disebabkan nila setitik , kami juga tirut sama rosak dimata guru . sumpah dan doa guru begitu sennag untuk dimakbulkan Tuhan . bagaimana agaknya perasaan kami jika terdengar sesuatu yang menggerunkan . adakah berharap kami akan terus senyum jika ada yang mendoakan tentang masa hadapan kami .
aduh , mereka tergores . apa agaknya yang bakal menimpa kami ? kami mengeluh kehampaan . kesal dengan tindakan atau penat dilanda dugaan ? guru , kami minta maaf , sedalam-dalamnya .

second , happy fasting ;)
arr ! tahun pertamaku berpuasa bukan disisi keluarga . aku bukanlah seperantauan yang merantau . tapi aku seorang pelajar sekolah berasrama . takda lagi mami , abah , adik-adik yang semeja denganku . yang ada cumalah rakan-rakan yang senasib denganku . haha .
terawih ? kalau dulu solat ini sering dilakukan bersama jemaah-jemaah surau yang lain bertemankan faradiyana . tapi kini , solat ini aku lakukan bersama semua yang rapat denganku . imamnya pun mungkin sekelas dengan ku . hari-hari menjadi rutin kami untuk terus sujud kepada Allah dengan melakukan terawih yang hanya muncul pada bulan ini sahaja . hari pertama ? hari yang penuh dengan keluhan . aduhh lamanya , penatnya , rimasnya , panasnya . tapi adakah akhirnya solatku diterima jika dari mula hingga akhir hatiku memberontak malas ? hari kedua aku cuba mengikhlaskan hati , terasa semakin ok ! hari ketiga ? ehh , kejapnya ? haha . ia semakin sebati dalam diriku .

third , MPP ;)
musim pemilihan mpp , badar , ketua dan segalanya . haha . aku ? aku tak dipilih . mungkin tak layak . tapi aku masih punya kesempatan untuk memohon . tapi , bagiku , semua itu tidak perlu rasanya . jika mereka ingin aku sebagai seorang pengawas , mereka yang sepatutnya memilihku dari pemerhatian mereka selama ini . bukan kerana permohonanku yang sangat mengingikannya . hm , tapi ada satu incident yang begitu menggeletek hati tatkala terkenangkannya .

" hoii sarah ! gi amik borang bawah meja aku , gi isi cepat ! " - awi
" sarah ! kau patut amik borang mpp tuh ! kau ada layak kod ! mesti boleh punya ! " - syu
" fuyoo sarah ! semangat sarah ! " - 4 zamrud

haha , korang yeye je . benda nie jadi bila aku p depan marah-marah kenapa kelas kotor . dan diorang nampak ciri kepimpinan aky kad depan kelas . sumpah kelakar . macam nak berpolotik jew . yang aku bangga , time aku cakap , semua terdiam dan semua bagi tumpuan 100% . BAGET GILE ! hahaha

hm , oke .. salam ramadhan . ayuh kejar nikmat lailatul qadar . semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya . sesuai tak nak cakap , slam aidilfitri . hahaha :)

love you ! TERIMA KASIH ALLAH :)