Monday, 2 July 2012

BANGUN SARAH !

dear my dear . haha

for the first time aku post something kad sekolah . my means , selama nieh kan , aku post entry kad rumah . hm , actually , aku tengah duty jaga KIOSK nieh . haha . ngelat . mana ada lha . dalam nieh penuh dengan lelaki yang tengah main game . arghh suck . bising nye .

topic kali nieh ialah ....
ishh , aku terlalu penat menjadi seorang pelajar . agaknya sampai bila aku harus pegang buku ilmiah ? buku-buku teks ? terlalu memeningkan kepala dan merunsingkan jiwa . aduhh ! pembelajarannya semakin berat .

ISNIN !
hari dimulakan dengan bangun awal pagi sedangkan semalamnya aku enak berenang indah diatas katil selama mana yang ku suka . hari diteruskan dengan terpaksa menadah telinga dan menahan kantuk di mata untuk mendengar segala bicara dari cikgu-cikgu . bukan nak menyalahkan sekolah nieh , semua sekolah sama ja . akan ada perhimpunan rasmi hari Isnin . tiap minggu , yang diulas perkara yang sama . dan hari nieh , aku ambil inisiatif baru , bawak novel dalam dewan . perbezaan yang ketara yang aku dapat simpulkan ialah , jika dulu perhimpunan rasmi dan perhimpunan biasa tiada bezanya .tapi di sini , perhimpunan rasmi di adakan di dewan yang berhawa dingin ( bapak formal ayat aku )

dump ! masuk kelas , PHYSICS , KIMIA , AGAMA , BAHASA MELAYU and MATHEMATIC . iiya . hari isnin nie tak seberat hari rabu . tapi , fizik dan kimia sudah cukup untuk membebankan kepala yang sememangnya sudah sarat ini . SHIT ! agama ? bosan dan sangat menyampah pelajaran nieh bila terpaksa berdiri di luar kelas dan menghafaz surah al Luqman yang sememnagnya aku tak mampu nak hafal dalam masa 80 minit . bahasa melayu ? bahasa yang sering digunakan dalam percakapan sehari-hari ? ia juga satu subject yang cukup susah . karangan yang memerlukan kata-kata puitis dan perbendaharaan kata yang sempurna . pemahaman komsas yang meruntun kan jiwa . tapi , aku tiada masalah dalam mempelajari math . satu subject yang aku gemari dari sekolah rendah lagi . mungkin otakku lebih cenderung dengan sesuatu yang melibatkan pengiraan .

SELASA !
wajib pakai pakaian sukan sedangkan aktivitinya hanya diisi dengan permainan dalaman . itu yang paling aku tak suka !

RABU !
pemakaian baju unit beruniform . aku tiada masalah dengannya . cuma , cara pemakaiannya harus memasukkan tudung ke dalam baju itu sedikit leceh bagiku . ia boleh menonjolkan aset seorang wanita yang seharusnya menjadi rahsia ( lancangnya mulutku berbicara )

subject untuk hari nieh ? betul-betul buat aku gila . masih ingat lagi , raut muka aku dah macam orang nak menangis bila satu persatu cikgu masuk untuk mengajar matapelajaran yang tidak aku gemari . TAK SUKA ! physics , kimia , diteruskan dengan sejarah dan biologi . SUCK THEN EVER !

KHAMIS !
mungkin tiada masalah . tapi mungkin sesi penghafalan agama akan diteruskan pada hari ini . ADDmath ? bukan satu masalah bagiku . mungkin subject tuh aku belum boleh kuasai sepenuhnya , tapi aku selesa mempelajarinya .

JUMAAT !
biologi . AKU TAK SUKA ! hari ini akan menjada satu yang menggembirakan untuk ku bila ianya minggu balik bermalam .

SABTU !
hari cuti pun kena bangun awal pagi sebab ada kelas persediaan . 3 jam pulak . SUCK . yang paling menyedihkan , aku tak boleh tengok my sinichi kudo . haha . petang tuhh ? TIDUR LAH .

AHAD !
hari ini pun aku tak berapa suka . bagiku hari nieh lha hari yang paling sibuk . pagi-pagi ada house cleaning . aduhh , leceh sungguh . menyapu , menyusun , mengemas , mengatur , adakah objektif setiap sekolah mengadakan aktiviti house cleaning adalah untuk melatih orang menjadi suri ruimah tangga yang sempurna ?!

kalau ianya adalah minggu balik bermalam , aku pun ada alasan kenapa aku tak suka . sebab , hari nieh lha aku kena bertungkus lumus cari baju aku yang entah ke mana . iron baju dan segalanya . geramnya aku !!

so , soalannya , bilakah semua ini akan tamat !! kerja sekolah itu bagus . ia melatih minda . ia merupakan cara ulangkaji yang terbaik . tapi ia juga membebankan dan merimaskan . adakah ia yang terlalu banyak atau aku yang tak pandai menguruskan masa ku dengan baik ?

THANKS FOR READ . LOVE YOU
TERIMA KASIH ALLAH :)