Friday, 24 August 2012

first of all

Hatiku berdegup kencang. Turun naik nafasku menahan rasa. Manik-manik peluh sudah mulai menitik ...

"Ketawa bersama , menangis bersama , ku bersumpah harap kita mati pun bersama ......"


"Khi ,angkatlah phone tuhh. Kesian dia "


Sepintas lalu ku toleh telefon yang berdering. Menjerit-jerit meminta dijawab. Serangkap bait lagu nyanyian Black , pemenang sebuah pertandingan realiti . 


"Hello? "


"Fakhira! Mana kau pergi? Dari tadi aku cuba call kau , tak dapat-dapat .."


"Aku , aku ...."


"Kau nak teruskan jugak perkhawinan nie? kau sanggup duakan Raimi? "


"Habis tu , kau harap aku hidup dalam air mata dan setia disisi kubur Raimi? Aku perempuan Dila. Aku pun inginkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Aku tak pernah menduakan Raimi . Dia masih segar dalam ingatan aku Dila . Kalau kau pikir aku dah lupakan dia, kau silap Dila , kau silap. "


"Dengan perkahwinan nie kau berharap aku akan fikir yang kau masih setia ?"


"Kau sebenarnya nak apa ?! " 


"Batalkannya !"


Air mataku menitis lagi. Teganya seorang sahabat melihat sahabatnya menderita . 


"Takkan ! Aku akan tetap teruskannya . Ini kehendak orang tua aku . Takkan aku sanggup kecewakan mereka ? Apa tujuan kau sebenarnya Dila ? Apa ? " jeritku yang masih dalam sisa tangisan . Nana mengusap belakangku pelahan-lahan . Cuba untuk meredakan tangisan . aku menggenggam erat tangannya . Memberi isyarat aku mulai tenang .


"Aku tak sanggup tengok Raimi diduakan ! Kami berkawan sejak kecil , dan membesar bersama dari kecil ! Aku sayangkan dia ...... "


"Aku pun sayangkan dia ! "


"Bohong ! Kalau kau cintakan dia , kau takkan kahwin dengan lelaki lain ! Lelaki yang kau sendiri tak kenal budi pekertinya ! Kau langsung tak pernah cintakan dia macam mana aku cintakan dia ... "


"Apa kau cakap nieh ? Aku tak paham .. "


"Aku cintakan Raimi . Tapi Raimi pilih kau ! Aku pendamkan aje rasa hati nie . Sebab apa ? Sebab aku sanggup buat apa ja asalkan Raimi bahagia walaupun bukan dengan aku . Tapi kau ? Kau khianati cinta arwah ! "


Aku terkedu . Merasa dunia gelap . Ku toleh Nana . Nana seolah-olah mengerti menggenggam erat tangan ku memberi kekuatan lalu membisikkan " tak pa , aku adaa . "





______________________




nanti lah aku sambung . tak dak idea . orang mai raya pulak . byee . salam aidilfitri :)