Thursday, 30 August 2012

( II )

"Nana , kau rasa patutka aku teruskan perkahwinan nieh ? Aku takut ini bukan jodoh aku yang tepat . Aku risau kalau dia tak boleh terima aku . Atau , terpaksa kahwin dengan aku . "

"Khi , kau dah pun buat solat istikharah kan ? Kau sendiri yang cakap Farid muncul dalam mimpi kau . So , dia memang jodoh kau ! "

"Tapi , Dila .... "

"Kau abaikan jew Dila tuhh . Kalau kita asyik nak fikirkan hati orang lain , sampai bila kita nak bahagia ? Hm , kau kata , kau takut sama ada Farid terima kau kerana paksaan atau redha jodohnya dengan kau kan ? Aku ada idea .. "

"Apa ? .... "

-------------------------------------

" Pengantin laki dah sampai " bisik ibuku di telinga . Aku menggennggam erat tangan nya . Berkongsi rasa gemuruh dan sayu di hati . Tiba-tiba cadangan Nana di bilik tadi kembali segar bermain di minda .

"Ummi , Khi nak jumpa Farid kejap "

"Kamu nak buat apa nak ? "

"Khi nak kenal dengan dia dulusebelum teruskan "

"Kamu kata hari tu , biarlah kamu kenal lepas nikah "

"Khi takut . Khi takut kalau dia tak boleh terima Khi nanti "

"Kamu nak buat apa ? "


----------------------------------------

Ayahku menepuk lembut bahu Farid . Farid segera menoleh lalu menyalam hormat bakal mertuanya . Segaris senyuman dihadiahkan kepada bakal menantunya . "Jaga anak pakcik baik-baik . Pakcik tau , kamu berdua tak pernah saling kenal dan tak pernah bersua muka . Tapi , pakcik harap sangat kamu boleh terima segala keburukan dan kelemahan Fakhira . Jaga amanat kamu sebaik mungkin . "

"Insya-Allah pakcik ! "

"Pergilah kat depan taman tuh kejap sementara tunggu Tok Kadi . Tenangkan dulu darah gemuruh tuhh . Fakhira nak jumpa kamu . Pergilah ... "

-----------------------------------------

"Assalamualaikum . " Arh ! Aku terpaku . Terus terhenti aktiviti termenungku di taman mini rumahku itu .

"Waalaikumussalam ! " Aku terpana . Saat ku toleh , dia sedang tersenyum mengghadap ku . Lalu ke jatuhkan pandangan . Khuatir dia perasaan akan kegelisahan hati .

"Subahanallah . Indahnya ciptaan Illahi . Ada apa Fakhira nak jumpa saya ?"

Muka ku merona merah . Walau pujian itu sering ku dengari oleh sahabat-sahabatku , namun saat terdengan dia memuji anugerah yang dikurniakan Allah kepada ku ini , dapat ku rasa satu perasaan aneh yang menyinap masuk ke dalam jiwa . Adakah aku sudah bisa menerimanya ? Adakah aku sudah bisa menggantikannya di tempat Raimi di hati ku ini ?

"Saya cuma nakkan kepastian . Adakah awak betul-betul sudi terima saya . "

" Insya-Allah Fakhira . Dari apa yang saya dengar waktu ibu awak memperkenalkan awak dihadapan keluarga saya , saya sudah mula rasa awak adalah jodoh yang tepat untuk saya "

"Hanya dengan cerita ibu saya ? "

"Saya terima kerana Allah sudah menentukan awak jodoh saya . Saya terima awak seadanya . "

"Walaupun selepas awak dapat tahu yang saya sebenarnya takkan dapat hidup lama ? "

"Apa , apa maksud awak ? "

"Saya ada kanser pankal rahim . Saya tak boleh mengandung dan melahirkan zuriat ! Saya dah jalankan rawatan kemoterapi dan awak mesti faham kan apa kesannya "

"Awak tak tipu saya kan Fakhira ! "

"Terpulanglah pada awak untuk percayakannya . Saya terima apa jua keputusan awak . Saya faham , susah untuk terima saya yang serba kekurangan ni . Doktor sahkan , saya mungkin takkan hidup lama . Doktor ramalkan saya mungkin dapat lihat dunia sampai tahun depan ja ."

"Tapikan Fakhira dah buat rawatan ? "

"Ye ! Tapi , kuasa Allah kita tak boleh nak lawan . "

"Tak pa , saya boleh terima "

"Saya cuma nak pesan , apa yang awak tengok saya dari luaran , tak sama dari segi dalaman . Mungkin cantik rupa saya , tapi tak mungkin cantik keseluruhannya "

"Maksud awak ? "

"Awak paham maksud saya . Saya faham . Apa yang saya nak kata , cerita kita tamat disini saja . Jangan cerita pada sesiapa tentang saya . Tolong jaga aib saya . Assalamualaikum . "


------------------------------------


sambung lain kali yew . haha :) salam 31 Ogos :)